>

Monday, September 5, 2011

Gout

Semalam, saya menerima sms dari salah seorang rakan:

"Assalamualaikum puan, saya ingin bertanya, benarkan pengambilan soya dalam jangkamasa panjang boleh meningkatkan risiko gout?"

Terima kasih untuk yang bertanya, saya telah membalas sms beliau, dan disini, saya ingin kongsikan mengenai Gout



APAKAH GOUT?
Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh kelebihan Asid Urik (uric acid) dalam tubuh. Kelebihan ini mengakibatkan pembentukan kristal kecil uric acid yang boleh terkumpul dalam tisu badan terutamanya sendi yang akhirnya boleh mengakibatkan arthritis.

Ia kerapkali disebabkan oleh ketidaknormalan tubuh untuk memproses uric acid.  Keadaan ini menyebabkan serangan paiful arthritis (gout attack), kidney stones dan masalah tubul ginjal tersumbat  dengan kristal asid urik (blockage of kidney-filtering tubules)

APAKAH ASID URIK (URIC ACID)

Asid urik adalah produk yang terhasil daripada pemecahan (breakdown) amino asid purine. Ia sepatutnya dikumuhkan melalui ginjal ke urin. Namun, disebabkan ketidaknormalan, ianya terkumpul di dalam tubuh.

RISIKO DAN FAKTOR PENYEBAB
~ Faktor keturunan 
~ Obesiti (terutamanya pada usia muda)
~ Pengambilan alkohol yang sederhana hingga tegar
~ Penghidap darah tinggi
~ Pesakit buah pinggang (abnormal kidney function)
~ Sesetengah ubat-ubatan seperti  thiazide diuretics (hydrochlorothiazide [Dyazide]), low-dose aspirinniacincyclosporinetuberculosis medications (pyrazinamide and ethambutol) dan lain-lain
~ Penghidap sesetengah penyakit seperti leukemia, lymphomas dan hemoglobin disorders
~ Pesakit yang berpotensi mendapat gout, keadaan-keadaan berikut boleh menyebabkan serangan gout: dehidrasi, kecederaan sendi, demam, memakan secara berlebihan, pengambilan alkohol berlebihan, pembedahan. Untuk pembedahan, serangan gout kerapkali adalah sementara disebabkan keseimbangan bendalir badan yang terjejas akibat pembedahan.


Gout menyerang sebelah tangan 

Gout dikenalpasti apabila pesakit melaporkan tentang sejarah serangan arthritis secara spesifiknya di bahagia dasar jari kaki. Buku lali dan lutut adalah yang seterusnya selepas jari kaki. Gout kerapkali menyerang satu sendi pada satu masa sementara arthristis lain seperti systemic lupus dan rheumatoid artritis menyerang beberapa sendi dalam satu masa.

RAWATAN GOUT
Dua perkara asas rawatan Gout adalah memberhentikan serta-merta serangan gout & mengelakkan serangan di masa akan datang.

Untuk memberhentikan serangan gout, ubat-ubatan akan diberikan untuk meredakan inflamasi. Untuk mengelakkan serangan di masa akan datang, pesakit hendaklah:

~ Minum air yang mencukupi
Membantu mengelakkan serangan gout dan merendahkan risiko kidney stones formation
~ Mengurangkan berat badan
~ Mengubah corak diet
Mengelakkan makanan tinggi purines seperti makanan laut, kerang-kerangan, hati, otak, ginjal, sweetbreads, alkohol, fruktosa (dari sirap jagung dan minuman ringan),durian,petai, santan, sardin, bayam
~ Mengurangkan atau memberhentikan pengambilan alkohol  
Alkohol dipercayai mempunyai kesan diuretik (meningkatkan penyingkiran air dari tubuh). Alkohol juga memberikan kesan kepada metabolisma uric acid. Lantas, meningkatkan paras uric acid dalam tubuh terutamanya sendi
~ Pengambilan ubatan untuk merendahkan paras asid urik dalam tubuh 
~ Senaman yang konsisten


Kajian melaporkan pada umumnya, pengambilan daging dan makanan laut boleh meningkatkan risiko gout manakala produk tenusu mengurangkan risiko gout. Pengambilan protein tumbuhan tidak mempunyai kaitan dalam meningkatkan risiko gout.

Rujukan : http://www.medicinenet.com/gout/ , http://indonesia.digitaljournals.org/index.php/tes/article/viewFile/66/71

Bagaimana SHAKLEE boleh membantu pesakit Gout? Klik di sini : SHAKLEE merawat Gout