>

Sunday, August 3, 2014

Bagaimana sistem imun melindungi diri kita?

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Setiap saat dan ketika kita sebenarnya terdedah kepada ancaman luar, dari pathogen. Pathogen ialah apa-apa organisma yang boleh memudaratkan sama ada bacteria, virus, mikroorganisma dan lain-lain. Soalnya, bagaimana kita mempertahankan diri? Hari tu kita cerita pasal Nutriferon kan? Bagaimana Nutriferon sangat berguna untuk saya & keluarga serta ramai yang mengenalinya untuk menggalakkan sistem imun.

Sistem imun melindungi kita dari pelbagai ancaman


Yang sangat popular dalam mempertahankan tubuh kita, yang selalu kita dengar ialah sel darah putih kan? Depa la hero katanya :D Sebenarnya, sebelum sel darah putih terpaksa bekerja, Allah yang maha hebat telah mencipta pertahanan luar untuk mencegah dan mempertahankan. Sistem ini kerapkali kita panggil Sistem Pertahanan Primer / First line defense sistem. Contohnya? Ya. kita ada : 

# Lapisan kulit yang menghalang kemasukan bakteria
# Membran / lapisan mukus yang meghalang kemasukan bakteria. Ni terdapat di sistem penghadaman, pernafasan atau pembiakan.
# Lapisan berambut seperti di dalam hidung
# Air mata yang mengandungi enzim
# Air liur yang juga mengandungi enzim untuk memusnahkan bacteria

Foto ihsan Google



Tetapi, jika pathogen masih mampu menembusi, maka di sinilah peranan sel darah putih untuk seterusnya memerangi musuh-musuh tubuh kita. Bagaimana sel darah putih memerangi musuh? Dengan cara "memakan" atau  "menembak" dengan antibodi.

Sel darah putih "memakan" bakteria

Oleh itu keupayaan kita menghasilkan antibodi amat penting untuk melindungi tubuh. Individu yang mempunyai sistem imuniti yang lemah tidak mempunyai keupayaan yang baik untuk melawan serangan musuh pathogen. 

Selain engulf (menelan), sel darah putih juga menyerang bakteria dengan "menembak" !


Dalam situasi begini, kita kerapkali diberikan antibiotik oleh doktor untuk membantu tubuh melawan penyakit. Baguskah antibiotik? Pada dos yang rendah, antibiotik wajar diambil. Tapi jika boleh dielakkan, eloklah kita elakkan. Kenapa? Antibiotik sebenarnya agen luar yang membantu tubuh melawna penyakit. Pemberian dadah antibiotik yang kerap atau pada dos yang tinggi boleh menyebabkan sistem tubuh kita terbiasa dengan bahan luar (Antibiotik) seterusnya mengurangkan inisiatif dan keupayaan tubuh untuk menghasilkan antibodi sendiri. Terlalu bergantung kepada antibiotik! 

Bagaimana Shaklee Nutriferon membantu sistem imun anda? Berbeza dengan peranan antibiotik, Shaklee Nutriferon sebenarnya mengaktifkan interferon. Apa itu interferon? Haa.. tu polis besar tu! Interferon ni adalah sistem komunikasi yang menyebabkan sel darah putih diaktifkan untuk melawan serangan. kalau interferon lemah, maka, sel darah putih pun lambat menerima arahan untuk bertindak !

Kredit gambar : Iffah Anuar

Jadi, kepentingan Interferon tidak boleh kita pandang remeh. Daripada berterusan melemahkan tubuh kita dengan suapan antibiotik, ianya jauh lebih baik jika mengaktifkan sel darah putih kita melalui interferon, kan??

Ok setakat ni dulu, Jom sama-sama kita bertukar kepada cara yang lebih semuajadi, selamat & berkesan. Elakkan antibiotik, elakkan drugs juga paracetamol!

Thanks for reading!


No comments: