>

Monday, December 30, 2013

Mengukur Saiz Bra yang Betul

Pemakaian pakaian dalam yang bertepatan sangat penting. Antara kesan negatif pemakaian bra yang tidak betul adalah :

1. Bebanan pada tulang belakang. Postur tulang belakang boleh terjejas dan menyebabkan kesan-kesan lain seperti sesemut di tangan, sakit kepala dan seperti badan masuk angin. Ini berlaku akibat kelengkungan tulang belakang yang tidak normal. Kesan ini boleh terjadi kepada semua dan lebih parah untuk wanita yang memiliki payudara bersaiz besar

2. Kesan melecet, merah-merah & gatal pada payudara

3. Gangguan pernafasan akibat terutama mereka yang memilih payudara ber wire

4. Mengganggu supply oksigen kepada bahagian payudara jika bra terlalu ketat. Gangguan pengaliran darah yang membawa oksigen dan mengangkut keluar toksik amat berbahaya untuk jangka masa panjang

5. Menjejaskan bentuk payudara terutamanya dari segi jangka masa panjang akibat support yang tidak betul oleh bra


Jadi, amatlah penting untuk para wanita mengetahui saiz & ukuran yang betul untuk memilih bra yang sesuai. Bagaimana mengukur saiz bra dengan betul? Berikut adalah tips mengukur saiz bra yang betul:



2 perkara yang terlibat dalam mengukur saiz bra ialah : Ukur lilit lingkaran badan & saiz cup

UKUR LINGKARAN BADAN
Ambil ukur lilit badan dalam unit inci, bawah payudara iaitu di bahagian tulang rusuk bawah payudara (Nombor 1 pada gambar diatas). Jika hasil ukuran :
>> Bernombor genap, tambahkan 4 inci
>> Bernombor ganjil, tambahkan 5 inci.

Contoh 1 :
Ukuran lilitan badan ialah 28, jadi ukuran bra ialah 32. (28+4=32). << Tambah 4 sebab 28 nombor genap
Contoh 2 :
Ukuran lilitan badan ialah 29, maka ukuran bra ialah 34. (29+5=34). << Tambah 5 sebab 29 nombor genap

UKURAN CAWAN (CUP)
Ukur lilit badan pada bahagian paling depan payudara iaitu bahagian puting paling menonjol (nombor 2 pada gambar). Kira perbezaan dengan angka ukuran lilit badan yang telah dibuat awal tadi. Pilih cup berdasarkan perbezaan ukuran dibawah :


Perbezaan 1 inci = Cup Size A
Perbezaan 2 inci = Cup Size B
Perbezaan 3 inci = Cup Size C
Perbezaan 4 inci = Cup Size D

Contoh:
Ukuran lilitan badan tadi = 28
Ukuran lilitan payudara = 31
Jadi perbezaannya ialah 3 inci (31-28) >> Cup C

Contoh akhir :
Ukuran lilitan badan (no 1 pada gambar) >> 28
Ukuran lilitan payudara (no 2 pada gambar) >> 32

Saiz bra ialah :
Lilitan >> 28 + 4 = 32 (tambah 4 sebab 28 angka genap)
Saiz cup >> Ukur lilit payudara - ukur lilit badan = 32-28 = 4 >> Cup D

Lepas ni, pergi shopping mall, boleh terus ambik & bayar, takyah lama-lama kat section tu, banyak lelaki lalu lalang. Dilema jugak wehhh :P

Thanks for reading !