>

Wednesday, December 26, 2012

Penyusuan susu ibu dengan Shaklee

Assalamualaikum & Salam sejahtera!

Penyusuan susu ibu adalah cara paling sihat untuk memberikan nutrisi terbaik untuk si manja anda. Susu ibu membekalkan nutrien paling lengkap yang diperlukan bayi dengan kebaikan menyeluruh terutamanya untuk kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan si manja.

Pelbagai kajian telah membuktikan bayi yang mendapat susu ibu amat jarang didapati mengalami masalah serangan virus di perut, penyakit berkaitan sistem pernafasan dan meningitis. Ini kerana susu ibu mengandungi sel imun semulajadi seperti antibodi yang melindungi bayi dari kuman dan pelbagai penyakit.

Diet yang sihat sangat penting kepada ibu menyusu untuk membantu menghasilkan dan mengekalkan susu ibu yang berkualti dari segi penghasilan dan juga komposisinya. Tidak kurang penting dari itu, diet yang sihat membantu ibu kekal sihat & bertenaga. Berikut adalah nutrien yang disarankan daripada Shaklee untuk memastikan perkembangan sihat bayi disamping pengekalan kesihatan & kecergasan ibu:

MultivitaminMulti yang Hebat

Multivitamin menyediakan vitamin & mineral penting yang sukar didapati dari diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu & bayi yang menyeluruh. Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Lagi mengenai Vitalea, klik disini


Protein - Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan & sempurna. Sumber protein yang baik seperti soya di dalam diet dan penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian dalam tubuh. Pentingnya memilih ESP yang diproses menepati checklist soya yang selamat.

ESP Shaklee juga menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten juga membantu menurunkan paras kolesterol. Lagi mengenai ESP disini

Vitamin C

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu kepada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan Vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sisitem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat. Bayi yang menyusu lebih kurang dijangkiti penyakit kerana tahap imuniti / pertahanan diri yang baik. Lagi tentang Vita C di sini.

Vitamin B kompleks

Sangat diperlukan oleh ibu & bayi setiap hari bagi menyokong sistem saraf & metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya melalui susu mereka. Lagi tentang B-complex Shaklee di sini.

Kalsium




40% daripada susu ibu adalah kalsium, Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat & pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil 1300mg kalsium setiap hari. Lagi mengenai ostematrix di sini.





Asid Lemak Omega-3

Pengambilan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan lagi, tidak ramai anak-anak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme. Lagi mengenai OmegaGuard Shaklee, klik di sini.

Alfafa
 
Mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink & zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfafa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu. Lagi mengenai Alfafa Complex Shaklee, klik di sini



Shaklee menawarkan rangkaian nutrien yang berkualiti untuk anda. 


Hubungi kami untuk sesuaikan Shaklee dengan peruntukan bajet anda. Hanya yang terbaik untuk anda & si manja. Shaklee untuk semua, tanpa kecuali :)

Testimoni ibu menyusu dengan Shaklee di sini dan sini :)

Thanks for reading!