>

Monday, February 6, 2012

Air : Nadi Kehidupan

Kenapa penting minum air yg mencukupi??

+ Lebih 2/3 berat tubuh kita terdiri dari air
+ Komposisi utama organ penting. Contoh:
- 95% air pada otak
- 80% air dalam darah
- 90% air dalam paru-paru



+ Sebagai pelincir
+ Asas kepada air liur
+ Membentuk cecair di sendi
+ Mengawalatur suhu badan
+ Mengelakkan sembelit

+ Agen nyahtoksik yang terbaik
+ Membantu metabolisma sel tubuh
+++ banyak lagi..

Tanpa air, sistem badan tidak boleh berfungsi secara normal. Pentingnya air, sehingga jika beberapa hari tanpanya, kita boleh mati.

Masih beralasan untuk minum air?? Fikirkan!


Besarkah sumbangan air kepada kesihatan jika diminum dengan mencukupi?

+ Merendahkan risiko batu karang
+ Mild dehydration (Hanya sedikit kekurangan air)boleh meningkatkan risiko jangkitan virus
+ Mencegah Urinary Tract Infection (UTI)
+ Mengurangkan risiko sakit jantung
+ Meningkatkan metabolisme sel lemak


+ penurunan 2% daripada keperluan air boleh menyebabkan dehidrasi yang mengakibatkan:
--> Sering lupa
--> Sukar menyelesaikan masalah Matematik asas
--> Sukar fokus kepada tulisan kecil seperti skrin komputer
--> Mudah letih

Masihkan kita beralasan? Sangat mudah meminum air bukan? Tanpa kesedaran & tips yang betul, kita akan terus beralasan.. mungkin sehingga ginjal kita rosak.. mungkinlah!

Tips pengambilan air harian:

Kita disarankan mengambil air kosong 6-8gelas sehari atau ada juga yang menyarankan 1liter untuk setiap 25kg berat badan. Bagaimana mencukupi keperluan ini?

--{@ Gunakan botol air berindikator / penunjuk
--{@ Minum 1gelas setiap jam.
--{@ Jangan tunggu sehingga dahaga. Ketika dahaga, kita sebenarnya telah dehidrasi

--{@ Minum 1-2gelas air sebaik jaga dari tidur untuk membantu tubuh flush out toxin yang diproses sepanjang malam
--{@ Jika perlu, set alarm untuk masa minum air sebagai regime
--{@ Pilih bekas minuman bebas BPA
--{@ Lebihkan air jika anda mengambil minuman dierutik / "pencuri" air seperti kafein

Mulakan sekarang atau tunggu sehingga sakit baru mulakan?

Pilihan ditangan anda :)