>

Thursday, October 12, 2017

Petua Hilangkan Batuk Bayi

Bayi mudah dijangkiti batuk. Batuk sebenarnya adalah lumrah bagi bayi kerana di dalam badannya masih terdapat sisa-sisa lendir yang tidak dikeluarkan semasa mereka dilahirkan.

Kebiasaannya, gejala batuk ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah persekitaran yang tercemar serta faktor cuaca yang tidak menentu seperti cuaca yang panas atau sejuk. Gejala ini juga biasa terjadi disebabkan alahan terhadap asap, debu, habuk dan bulu kucing yang mampu mengganggu sistem pernafasan bayi.


#Asam keping + kulit bawang putih

Bakar 3 kepingan asam keping bersama kulit bawang putih menggunakan api yang kecil.
Campurkan bahan tadi dengan sedikit minyak masak dan sapukan pada dada bayi. InsyaAllah batuknya akan mula berkurangan.

#Daun kaduk
Campurkan daun kaduk bersama kapur dan sedikit air, dan ramaskannya. Kemudian, sapu di dada dan belakang bayi.


#Mandian Lemon
Mandikan bayi anda bersama lemon. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian bayi anda. Baunya dipercayai dapat mengeringkan hingus bayi.


#Bawang putih
Bakar bawang putih, tumbuk dan masukkan ia ke dalam stoking bayi anda.


#Bunga belimbing bersama air beras
Ambil bunga belimbing dan hancurkannya. Masukkan ke dalam air didihan beras. Tapis kemudian beri minum pada anak anda.


#Kunyit hidup
Tumbuk kunyit hidup dan sapukan ia di bahagian hidung serta dahi bayi.
Kaedah lain yang boleh anda lakukan sebagai petua hilangkan batuk bayi termasuklah juga 


#Tepuk percussion

Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan bayi anda (depan dan belakang) menggunakan tangan anda. Lengkungkan tangan anda kepada bentuk cup. Teknik ini memudahkan pengeluaran kahak bagi bayi yang mengalami batuk berkahak.

Bagi ibu yang masih menyusukan anak, anda digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah supaya anak anda mendapat susu ibu yang berkualiti. Secara tak langsung, ini membantunya mengatasi masalah-masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan demam.


Dan tidak lupa juga untuk sentiasa mengemas rumah khususnya kawasan tidur bayi anda. Hilangkan segala habuk dan kotoran kerana itu juga adalah faktor yang menyebabkan gejala ini. Biarkan udara segar sentiasa mengalir masuk ke dalam rumah anda.


sumber : zuriat.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

No comments: