>

Tuesday, October 3, 2017

MULAKAN DENGAN APA YANG ADA

Pagi ni lepas anak-anak pi sekolah, KakEha nak exercise💪 Ehem! Paham niat yang murni itew, si kecik baby ali sambung tidoq balik lepas mandi. Wow! Greenlight sangat kannn 🚦

Hari ni nak kayuh basikal, atau bahasa kedah kata kayuh gerek 😄

Bahawasanya niat sebenar KakEha exercise adalah untuk menghilangkan beberapa kg lagi yang terlebih muatan 😣. Tapi kan, sebenarnya senaman adalah keperluan semua orang. Kurus, gemok, tinggi, kemetot. Semua orang perlu. 

Senaman boleh meningkatkan penyerapan nutrien macam kalsium. Heran kan, telan pil kalsium berbotol dah tapi tulang dok keriuk-keriuk macam tua sebelum usia. ☹

Senaman juga boleh sebabkan jantung laju mengepam. Pam laju, dia supply darah lebih efisien ke seluruh tubuh. Lagi cergas, cerdas dan alert. Yang dok lemau tu, mungkin jantung tak efisien bekerja. Mulakan senaman.

Senaman juga boleh regangkan otot-otot dan menggalakkan sendi yang lebih smooth dan sihat bekerja.
Senaman juga menjadikan kita cerdik sebab kita semakin alert. >> Al-'Aqlis Salim fi Jismissalim : Akal yang sempurna pada tubuh yang sempurna<<

Berapa banyak "juga" daa.. Memang banyak manfaat senaman yang malangnya bukan budaya kebanyakan kita di Malaysia

Sebelum senaman, siapa yang amalkan suplemen, boleh ambil suplemen yang membantu pembakaran lemak lebih berkesan. Contohnya b complex, green tea, omega 3 dan isotonik drink.
KakEha dulu teringin juga nak beli threadmill atau basikal tu kan. Tapi, fikir-fikir balik, tak jadi. Sebab ruang dalam rumah tak la besaq manaaa. Dan akhir sekali, guna saja apa yang ada

Kita ni, kadang-kadang nak tunggu cukup lengkap, baru nak mula, kan? Tak perlu macam tu tau. Mulakan saja dengan apa yang ada. Sikap perfectionist sangat-sangat ni boleh sebabkan akhirnyaaa apa pun tak buat, kan?

Tak ada threadmil, lompat bintang
Tak dapat 30 minit sehari, buat 10 minit sehari
Tak ada dorongan, bina cabaran dari diri sendiri
Selesailah 30 minit kayuhan basikal. Pinjam basikal anak-anak. Haha. Hari ni depa pi sekolah jalan kaki. Mula-mula, naik basikal merah kakak. Awat berat ja nih? Pancit rupanya! Maklumlah, tuannya di asrama 😐. Akhirnya naik basikal ahmad. Rendah pulak! Takpa, kayuh saja. Bagus jugak, kepala tak lepas tembok, orang luar tak nampak. Kehkehkeh

Siapa belum ada rutin exercise, mulakan tau. Mula dengan jalan setempat 5 minit pagi-pagi pun ok dah. 😃

Tak mampu buat semua, jangan tinggal semua ❤

Salam sayang ;
m.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

No comments: