>

Thursday, October 5, 2017

CARA BERDIET WANITA BERKERJAYA.

Bukan semua jenis diet sesuai dipraktikkan untuk wanita yang aktif bekerja & melakukan pelbagai perkara.
 
Bagi yang berkerjaya boleh ikut tips ni :

1. Banyakkan minum air putih.
untuk mengelakkan badan dari dehidrasi sekaligus buat perut sentiasa kenyang & melancarkan perjalanan sistem metabolisme badan.

2. Cuba sediakan makanan sendiri.
Menyediakan makanan sendiri mengelakkan diri daripada membeli dan mengambil makanan yang tinggi kalori & kandungan lemak. Salad, roti, sup cendawan adalah cadangan menu ringkas yang boleh disediakan sendiri.

3. Elakkan makan ketika stress.
Makan ketika stress boleh buat kita tidak dapat mengawal keinginan makan makanan yang disukai sehingga rasa stress hilang. Ini akan menyebabkan berat badan naik mendadak.

4. Menu ringkas pada waktu malam.
Cuba sediakan menu ringan tapi mengenyangkan kerana selepas penat bekerja kita perlu berehat & metabolisme rendah pada waktu malam. Makan berat menyukarkan kita tidur dengan lena.

5. Selaraskan diet dan tempoh bekerja.
Ini penting bagi menyeimbangkan kandungan khasiat yang diperlukan oleh badan & dapat elakkan anda terdorong untuk mengambil makanan melebihi had sepatutnya selepas penat bekerja.

Sumber : Mingguan Wanita
Copy dari FB Julie Mohamed

Nak tanya atau Order Shaklee?
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

No comments: