>

Sunday, October 8, 2017

BOLEHKAH IBU MENYUSUKAN ANAKNYA LEBIH 2 TAHUN?

Ramai ibu-ibu diluar sana yang risau bagaimana hendak hentikan penyusuan jika anak sudah sampai ke usia 2 tahun. Bolehkah jika ibu menyusukan bayi mereka lebih dari 2 tahun?
Disini terdapat beberapa pendapat pendapat terhadap isu menyusu lebih 2 tahun ini.


1. Tempoh Paling Ideal Sehingga 2 Tahun
Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud ayat suci tersebut, tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-kurangnya dua tahun.


2. Hukumnya Tidak Haram
Selepas usia 2 tahun, anak sudah mula memerlukan nutrien daripada makanan pejal, maka mereka tidak boleh lagi bergantung kepada susu badan semata-mata. Namun, tidak salah memberi minum susu badan walaupun sudah melepasi usia 2 tahun sekiranya anak masih belum dapat bercerai susu sepenuhnya.


Al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah berkata di dalam kitab Tuhfatul Maudud fi Ahkam al-Maulud:
ويجوز أن تستمر الأم في إرضاعه بعد الحولين إلى نصف الحول الثالث أو أكثره
‘Seseorang ibu boleh terus menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun kepada setengah daripada tahun ke tiga atau lebih dari itu.’


Menurut pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus, beliau juga berkata bahawa hukumnya TIDAK HARAM. Menurut beberapa sumber lain juga, tiada nas dalam fikah untuk mengharamkannya walaupun melebihi had 2 tahun tersebut.


Sungguhpun begitu, sesetengah ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

3. Tidak Bertukar Menjadi Darah
Ada kepercayaan mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun


Perkara ini sebenarnya tidak ada asalnya dan tidak sepatutnya disandarkan sebagai sebuah fakta. Dari segi klinikal, ia adalah tidak benar sama sekali.


4. Pendapat Dari Segi Kesihatan
Dari segi kesihatan pula, Dr. Sears melalui sebuah artikel dari Parents.com menerangkan bahawa WHO  (World Health Organization) menggalakkan penyusuan susu ibu sehingga usia 3 tahun. Kementerian Kesihatan mengesyorkan ibu-ibu menyusukan bayi mereka sehingga usia anak dua tahun.


Walaubagaimanapun, pastikan mulut dan gigi anak dibersihkan selalu. Elakkan mulut anak pada puting dalam jangka masa lama terutamanya pada waktu malam.


Bercerai susu bukanlah satu proses yang mudah buat ibu dan bayi. Namun, anda perlu konsisten dan beri alternatif kepada anak untuk ‘melupakan’ penyusuan.


Adalah baik jika anda tidak menghentikan penyusuan badan secara tiba-tiba, ini kerana ia mungkin mengganggu emosi bayi dan membuatkan anda tidak selesa akibat bengkak payudara.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

No comments: