>

Wednesday, October 11, 2017

5 Cara Bersihkan Mulut Bayi Dari Kesan Putih. Jangan Dibiarkan!

Bayi yang selalu memasukkan barang dan menghisap jari khususnya cenderung kepada pelbagai jenis bakteria yang ada di sekitarnya. Oleh itu, sungguhpun bayi belum tumbuh gigi, kebersihan mulut bayi perlu dijaga dengan sempurna dengan mempraktikkan cara bersihkan mulut bayi yang betul.



Mungkin anda juga pernah terlihat kesan berwarna putih pada lidah bayi setelah menyusu. Ini adalah sisa-sisa susu yang seharusnya dibersihkan. Sekiranya dibiarkan, ia bukan saja boleh menyebabkan mulut bayi berbau masam, tetapi juga mengundang kulat jangkitan kulat atau dikenali sebagai candida albicans.


1. Sediakan Peralatan Yang Cukup
Pertama sekali, sediakan bahan secukupnya. Pastikan anda menunggu lebih kurang 30 minit selepas bayi menyusu untuk mengelakkannya termuntah.



Anda boleh membeli berus gigi khusus untuk bayi yang mudah digunakan dengan memakainya pada jari telunjuk. Tapi kalau tak ada pun, boleh menggunakan kain kasa/lampin bersih yang dililitkan di jari telunjuk. Kemudian sediakan semangkuk air bersih.



2. Bersihkan Lidah
Pangku bayi dengan posisi duduk yang selesa. Kemudian, celupkan jari yang dibalut kain lampin tadi dan masukkan ke dalam mulut bayi atau pada kesan putih bekas sisa susu.



Berikan tekanan lembut pada lidah bayi, tarik ke arah luar. Ulangi langkah ini beberapa kali. Kalau bayi masih belum biasa dan nampak tidak selesa, jangan terburu-buru melakukannya. Ingat, jangan masukan jari terlalu dalam, kerana mungkin akan menyebabkan bayi termuntah.


3. Bersihkan Gigi
Jika bayi sudah mempunyai gigi, kita anda seharusnya turut membersihkan giginya. Gantikan kain tadi tadi dengan kain yang baru atau bahagian yang masih bersih. Bersihkan gigi bayi perlahan-lahan mengikut arah jarum jam.
Mulakan dari bahagian luar, bahagian atas, dan akhir sekali bahagian belakang.



4. Bersihkan Gusi
Seterusnya, bersihkan pula gusi bayi. Caranya sama seperti membersihkan lidah. Akhir sekali, berikan sapuan ringan pada bahagian atas lelangit bayi.


5. Ulangi Rutin Setiap Hari
Mulut bayi mungkin tidak akan terus bersih dengan mempraktikkan cara bersihkan mulut bayi ini. Ia sepatutnya dijadikan rutin yang dilakukan setiap hari.



Sekiranya bayi kelihatan tidak selesa, cuba pujuk bayi dengan mengajaknya berbual, menyanyi, atau bermain. Jangan terlalu memaksa atau memarahinya kerana ia boleh menyebabkan bayi trauma.

sumber : zuriat.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147


No comments: