>

Monday, October 2, 2017

15 TIPS PENJAGAAN LUKA PESAKIT KENCING MANIS

Seorang jiran saya, kakinya dipotong paras lutut akibat diabetes. Ianya bermula dengan luka di hujung jari kaki sebesar hujung kuku sahaja. Seorang makcik yang saya kenal, ibu jari kakinya dibuang kerana luka yang sedikit akibat cucunya jatuhkan kayu ke atas kakinya. Seorang saudara dekat juga, kaki dipotong aras betis kerana luka di ibu jari kaki yang sangat sedikit.

Luka adalah pengalaman ngeri pesakit diabetes. Bermula kecil, akhirnya boleh menjadi tersangat parah sehingga boleh mengakibatkan kehilangan anggota tubuh.

Ayah saya juga penghidap diabetes. Dulu aras gula sangat kritikal, sekarang semakin terkawal. Alhamdulillah. Saya nak kongsikan tips penjagaan luka pesakit diabetes, dari pengalaman peribadi. Saya orang biasa, bukan Puan Misi jauh sekali Madam Doktor. Jika anda juga memiliki ibu dan ayah penghidap diabetes, atau jiran atau sesiapa sahaja, boleh sampaikan.
Bagaimana menjaga luka pesakit diabetes?
1. Jangan ambil mudah walaupun ianya luka yang terlalu kecil. Untuk mereka, ianya boleh merebak dengan cepat sehingga mengakibatkan kehilangan anggota. Pergilah berjumpa dengan doktor awal.
2. Yang belum mengalami luka, sebagai langkah pencegahan, rendam kaki dalam cecair seperti Dermacyn atau cecair organik seperti yang saya gunakan yang berkesan untuk membersihkan kaki. Rendam kaki selama 5-6 minit sudah memadai. 
3. Kaki adalah organ yang kerap terdedah kepada luka. Tambahan pula, bagi pesakit diabetes, deria rasa mereka sangat lemah. Kadang-kadang, tercucuk duri pun tak sedar. Guna kasut atau sandal yang sesuai. yang mempunyai pengudaraan yang baik.
4. Selalu perhatikan kaki takut-takut ada calar atau luka kecil, calar, bisul atau apa-apa jangkitan. Cuci setiap hari, keringkan. Berikan perhatian kepada celahan jari-jari kaki.
5. Gunakan pelembap / losyen ke atas kaki seperti herbal blend. Ini adalah ikhtiar untuk kulit mengelupas dan keras supaya kian membaik.
6. Elakkan memakai kasut bertutup yang agak ketat jika tidak perlu. Jika perlu, pakailah stokin bersama untuk mengelakkan kaki bergesel dengan permukaan dalam kasut atau membolehkan peluh kaki diserap oleh stokin. Pilih stokin yang betul, yang dikhaskan kepada pesakit diabetes.
7. Setelah membuka kasut, keringkan kaki dan peluh terutamanya di celah jari-jari kaki. Peluh dan kelembapan juga boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kulat.
8. Pastikan kuku sentiasa bersih dan dipotong pendek. Potong kuku dengan elok tanpa ada bucu yang tajam yang boleh mengakibatkan luka, walaupun luka kecil.
9. Buang semua kulit mati, kematu dengan menggunakan gunting atau pemotong kuku yang bersih.
10. Jika pesakit baru mengalami pembedahan, luka pembedahan hendaklah dibersihkan mengikut nasihat doktor atau jururawat. Jika doktor cakap sekali sehari, bersihkan sekali sehari, jika 2 kali sehari, bersihkan 2 kali sehari. Kekerapan membersihkan luka mengikut keperluan boleh membantu luka untuk cepat sembuh.
11. Elakkan daripada apa-apa tekanan terhadap luka. Terutamanya jika luka berada di tempat seperti telapak kaki, jangan menekan atau mendedahkan kepada apa-apa tekanan ke atasnya. Balutan ke atas luka juga, perlulah longgar dan membenarkan pengedaran darah.
12. Jika pesakit mencuci luka di klinik berhampiran, pastikan pesakit memiliki sekurang-kurangnya 1 set dressing kit di rumah. standby, kalau-kalau balutan basah, boleh tukarkan dengan bandage yang baru. Balutan yang basah dan lembap boleh mengakibatkan jangkitan kuman. Beli disposable dressing kit dari farmasi. Standby 1 kat rumah. Murah ja. dalam RM6 gitu rasanya 
13. Ambil antibiotik atau apa sahaja ubat yang doktor nasihatkan.
14. Urus diabetes dengan baik. Bersenam, Tidak merokok, mengawal tekanan darah, mengawal aras kolesterol dan mengawal pemakanan. Makan ikut nasihat doktor. Kurangkan kanji, gula dan makanan yang boleh memudaratkan. Kestabilan paras gula boleh membantu luka cepat sembuh.
15. Ambil suplemen yang membantu pembaikan luka & pertumbuhan tisu & kulit seperti Vitamin C, Antioksidan dan Protein yang berkualiti tinggi.
Penjagaan luka pesakit diabetes adalah sesuatu yang sangat mustahak. Kena caranya, ianya boleh dipulihkan dengan cepat. Silap caranya, organ yang lebih besar mungkin terkorban.
Hujung Mac 2016 yang lalu, Ayah saya, kakinya terkena jangkitan.. Membengkak dan menakutkan. Lama-kelamaan muncul nanah dari bawah kulit. Awal April, ayah terpaksa menjalani minor surgery membuang nanah dan tinggallah "lompong telaga" di atas kaki ayah. Keyakinan ayah & kami cukup kuat untuk ayah sembuh kembali.

Ayah patuhi amalan penjagaan luka, regime diet dan Suplemen yang yang kami aturkan. Percaya semuanya akan baik. Akhirnya, "lompang telaga" di kaki ayah beransur cetek dan lama-kelamaan isi merah menutupi keseluruhannya. Alhamdulillah. Apa yang kami buat adalah 11 perkara di atas.

Hikmah besar dari itu adalah pemakanan ayah lebih teratur dan aras gula dalam darah lebih terkawal.
Percayalah, dengan usaha yang betul, bukan semua luka, mesti berakhir dengan kehilangan anggota 🙂
Klik LIKE & SHARE jika bermanfaat.

Sebarang pertanyaan, klik >> m.me/farihah.surijunior atau

No comments: