>

Sunday, October 1, 2017

11 TIPS ASAS ANAK RAJIN DAN PANDAI MENGAJI

Hari ni KakEha nak share tips untuk anak-anak kita rajin dan pandai mengaji

1. Tetapkan masa yang spesifik untuk sesi mengaji. 45 minit lepas solat maghrib contohnya. Boleh bantu bentuk disiplin  masa anak-anak ⏰

2. Tetapkan jumlah muka surat. Untuk anak yang tak hirau nak membaca, asyik tengok jammm saja, boleh tetapkan bilangan muka surat. Supaya, dia pulun nak habiskan berapa muka yang dia perlu. Tak payah banyak, 1 muka mungkin dah cukup.

3. Duduk bersama-sama. Bila ibu atau ayah duduk bersama, biasanya sesi mengaji menjadi lebih seronok dan gembira. Takdak lah terdetik dalam hati dia "Aku ja kena mengaji, ibu boleh pulak tengok tv" Haaaa Teeetttt!!!...

4. Adakan pakaian khas atau tudung / kopiah untuk mengaji. Wujudkan elemen eksklusif dan anak-anak rasa mengaji ni istimewa sebab ibu / ayah ambil berat. Ada "uniform" ni, feel dia lain sikit kan? 💼
5. Puji sikap baik anak dan bandingkan dengan sikap kurang baik kita dulu. Puji bagi dia yang menang. "Ibu dulu, setiap hari tok kena suruh mengaji. Kesian tok. Kakak ni bagus, ibu tak payah suruh, kak memang rajin mengaji sendiri. Kembangggg kan bila kena puji 👪

6. Beli Al Quran / Iqra' khas untuk setiap anak. Tulis nama dan minta dia jaga elok-elok. Ini boleh bagi sense of belonging. Nanti dia sayang buku iqra' dia 💌

7. Kakak / Abang boleh dilatih untuk ajar adik mengaji. Perbuatan ni boleh memupuk leadership dan juga menyebabkan wujudnya rasa hormat adik-adik pada kakak/abang👫

8. Sesekali cerita dan bagitau kenapa mesti mengaji atau kenapa pentingnya Al Quran. Perlu juga anak-anak tahu istimewanya Al Quran.

9. Rewards. Bagi reward bila anak-anak rajin mengaji. Pizza treat atau boleh extend hours di playground atau dapat aiskrim dan lain-lain. Semangat nih dapat hadiah ! 🎁

10. Baca doa di akhir sesi mengaji. Baca doa dalam bahasa yang difahami. Sebut nama setiap anak-anak dalam doa tersebut. Berbunga-bunga hati tawww

11. Sesekali, offer mengaji di tablet / phone. Sesekali ja tau, bukan selalu. Gadget bahaya 💣

Cuba amalkan. Kalau bukan semua, separuh pun ok. Suami KakEha selalu pesan. Al Quran ni ada berkatnya yang tersendiri. 

Pandang pun dapat pahala, beramal apatah lagi ☺

Selamat beramal❤
Klik LIKE  & SHARE jika bermanfaat 😊

Sebarang pertanyaan, 
http://wasap.my/+60192282147 🌷

No comments: