>

Wednesday, September 20, 2017

Tips Mengatasi Susu Drop Semasa Period

Masalah susu badan drop semasa period memang sering terjadi kepada ibu-ibu yang menyusu. Tatpi pada masa ini, ibu-ibu jangan pula terlalu stress bila susu semakin drop. Tetapi cuma pelbagaikan pengambilan makanan yang sihat serta banyakkan juga rehat serta lakukan aktiviti senaman yang ringan. Dengan cara ini dapat juga membantu ibu-ibu mengurangkan stress yang mungkin membuatkan susu semakin drop.

Untuk para ibu diluar sana, ingin saya kongsikan beberapa tips yang mungkin membantu para ibu sekalian. Saya juga melakukannya semasa susu drop ketika period. Dan dengan cara ini, banyak juga membantu maintainkan susu badan tanpa ibu berasa stress.


1. Banyakkan minum air kosong lebih dari biasa (lebih 8 gelas sehari but its depend on ur body weight anggaran 1liter untuk setiap berat badan 25kg).
2. Ambil lebih kalsium (sumber tenusu), lg bagus ambil kalsium bersama magnesium+vitamin D utk penyerapan maksiumum kalsium ke dalam badan. Ini kerana, ketika perios, kalsium di dalam badan kita juga berkurangan dan ibu perlukan sumber kalsium untuk mengantikan yang telah hilang.

3. Lebihkan masa mengepam atau kerapkan menyusu bayi. 

4. Walaupun perubahan hormon ketika periot, cuba kawal stress. Boleh ambil sumber vitamin B yang lengkap dan membantu dalam mengurangkan stress.

5. Ibu perlu dapatkan rehat yang cukup untuk memudahkan oksitoksin release.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

No comments: