>

Saturday, September 23, 2017

CARA PERKENALKAN BOTOL SUSU BAYI APABILA MULA BEKERJA

Bagi ibu-ibu yang bekerja, tentunya saat bila hendak mula bekerja kerisauan anda terhadap bayi sangat merunsingkan. Terutama bila anda perlu melatih bayi anda dari awal biasa dengan mengihsap susu menggunakan botol. 

Sesetengh bayi yang sudah biasa secara langsung mengisap susu dari ibu, akan berasa janggal atau menolak untuk minum susu dari botol dengan puting tiruan itu. Masalah ini kekadang berlarutan sehingga ibu hendak mula bekerja. 

Jom ikuti cara bagaimana untuk memperkenalkan botol susu kepada bayi anda. Mungkin seber sedikit membantu para ibu diluar sana mengatasi masalah ini.

1. Mula Latih Pada Usia 4-6 minggu selepas Kelahiran
Menurut pakar laktasi, sebaiknya tempoh memperkenalkan botol susu bayi adalah sekitar usia 4-6 minggu. Jangan terlalu awal atau terlalu lewat.

Jika terlalu awal, bayi cenderung untuk keliru puting. Maka, mereka mungkin tidak akan mahu menyusu badan lagi. Ia boleh menyebabkan penghasilan susu badan turut terjejas. Sebaliknya, jika terlalu lewat diperkenalkan, mungkin bayi akan terlalu selesa dan mengambil masa yang lama untuk menerima botol susu.
2. Cari Puting Yang Sesuai
Seterusnya, pilihlah puting yang sesuai agar bayi tidak berasa terlalu asing dan susah untuk menelan susu. Kini, terdapat pelbagai bentuk rekaan puting yang berbeza mengikut kesesuaian bayi; antara rekaan yang baik adalah jenis berleher lebar (wide neck) dan mirip dengan payudara.

Anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis puting sebelum bayi betul-betul dapat menerimanya. Jenama yang terkenal adalah Mimijumi, Pigeon, Comotomo, Avent dan MAM.

3. Jangan Tunggu Terlalu Lapar
Apabila bayi terlalu lapar, mereka akan merengek dan menangis. Waktu bayi menangis kurang sesuai untuk mengajarnya minum dengan botol susu.

Oleh itu, perhatikan waktu menyusu yang biasa dan tawarkan botol susu sebelum bayi mula gelisah.
4. Guna Susu Yang Baru Dipam
Seeloknya buat beberapa kali terawal ini, latih bayi minum susu perahan yang baru diperah. Jadualkan waktu perahan berdekatan dengan waktu menyusu bayi supaya ia tidak perlu dipanaskan lagi dan suhunya sedang elok-elok saja.

Susu perahan yang berlebihan atau diperah pada waktu lain boleh disimpan di dalam ‘freezer’ untuk kegunaan apabila anda mula bekerja.

5. Minta Tolong Suami
Apabila si ibu yang memberi susu botol, mungkin pada awalnya bayi akan berasa sedikit keliru dan marah kerana ia bukanlah sesuatu yang mereka jangkakan. Maka, usahakanlah supaya suami dapat membantu anda memberikan botol susu kepada bayi.

Ingat, bayi masih boleh menghidu ibunya apabila berdekatan, jadi pandai-pandailah anda ‘bersembunyi’ di bilik lain atau melakukan sebarang pekerjaan di dapur ketika suami sedang menyusukan bayi!
6. Pesan Pada Bayi
Sebelum memulakan sesi memperkenalkan botol susu, beritahulah kepada bayi bahawa mereka akan melakukannya.

Walaupun bayi belum dapat memahami kata-kata, pujukan anda sedikit sebanyak dapat memahamkan mereka tentang perkara yang akan berlaku.

7. Guna Sudu Atau Syringe
Jika bayi tidak mahu botol susu, tidak salah jika anda cuba beberapa kali menggunakan sudu atau syringe. Jika bayi sudah mula makan, anda juga boleh memberikan cawan kecil untuk dipegang sendiri.

Yang penting, keperluan nutrisi dapat terus diberikan kepada bayi melalui susu itu sendiri. Lama-kelamaan, bayi mungkin akan menerima botol susu pula.

Dalam masa yang sama, banyakkan berdoa dan beri galakan kepada bayi apabila mereka telah mencuba botol yang diberi. Jangan sesekali memarahi bayi dan menunjukkan riak negatif kepadanya sekiranya ia masih belum berjaya.

Percayalah bahawa setiap bayi itu berbeza, dan mereka akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri kepada keadaan baru. Namun, dengan kesungguhan dan pujukan anda, mereka pasti boleh melakukannya!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

No comments: