>

Friday, August 18, 2017

Resepi Minuman Jus Penambah Darah Untuk Ibu Hamil HB Rendah

Antara punca berlakunya kekurangan darah ialah kekurangan 4 nutrisi penting penghasilan darah dalam badan kita. 4 nutrisi tersebut ialah Asid Folik, Vitamin B12, Vitamin C dan Zat Besi.

Justeru, antara cara mudah yang boleh dilakukan ialah mengamalkan jus yang kaya dengan keempat-empat elemen nutrisi tersebut. Berikut ialah cadangan jus beserta resepi bagi menambah kuantiti darah dalam badan anda, terutamanya ibu mengandung.
JUS UBI BIT
Ubi bit antara tumbuhan yang kaya dengan zat besi, dan lobak dan lemon pula membantu penyerapan zat besi dengan lebih mudah. 

Bahan-bahan:
  • 4 saiz sederhana Ubi Bit Merah
  • 4 batang lobak merah
  • 1/2 biji lemon
  • 2 sudu makan yis
Cara membuat :

Basuh dan potong ubi bit merah, lobak dan lemon. Jadikan jus dengan menggunakan juicer ataupun blender. Setelah dijadikan jus, masukkan yis, dan kacau dengan sudu. Minum jus ini setiap kali sarapan untuk efek yang lebih baik.
JUS BAYAM, UBI BIT DAN BERI
Jus ini mengandungi jumlah zat besi yang tinggi dan bagi membantu penyerapan zat besi, vitamin C dimasukkan sekali dalam ramuan jus ini

Bahan-bahan :
  • 1 cawan buah beri merah
  • 3 biji radish kecil (sejenis lobak)
  • 2 genggam bayam
  • 1 biji ubi bit
  • 1/2 biji perahan lemon
Cara Membuat :
Caranya sama macam buat Jus Bit, campurkan kesemua bahan blender atau guna juicer. Kemudian minum dan amalkan setiap hari.
JUS DAUN KETUMBAR
Untuk info, daun ini juga sangat kaya dengan zat besi dan sesuai dijadikan bahan utama bagi menaikkan darah anda.

Bahan-bahan:
  • 1 ikat daun ketumbar
  • 1 biji timun
  • 1 biji epal hijau atau oren
  • 1/2 biji perahan lemon
Cara Membuat:
Basuh dan masukkan bahan-bahan diatas di juicer atau pengisar. Jangan lupa masukkan air bagi memudahkan ia dikisar. Minum setiap hari untuk dapatkan kesan dan peningkatan kuantiti darah anda.

Selain daripada pengambilan makanan dan minuman di atas, pastikan anda mengamalkan corak pemakanan yang sihat. Pastikan anda meminum air kosong secukupnya untuk memastikan kandungan elektrolit dalam tubuh anda tidak terjejas. Hindari kafein dan makanan rapu yang berlebihan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
   

No comments: