>

Wednesday, August 16, 2017

Makanan Tambah Darah Untuk Ibu Hamil HB Low

Semasa mengandung, setiap wanita memang diuji dengan pelbagai kepayahan dan masalah kesihatan yang mungkin tidak pernah dialami sebelumnya. Antara kes yang selalu melanda ibu hamil adalah masalah kekurangan darah / hemoglobin (Hb) rendah atau anemia. Antara simptomnya termasuklah pening kepala, susah fokus, kelesuan, kelihatan pucat, rasa sesak nafas, dan sering berasa sejuk atau kebas pada tangan.


Secara umumnya, kita akan diberitahu untuk makan secara sihat dengan memperbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran. Tapi, apakah sayuran dan buah-buahan yang terbaik untuk diamalkan? Apakah lagi makanan tambah darah yang boleh dihidangkan dalam sajian seharian kita?

1. Tembikai

Tembikai adalah salah satu ‘super food’ dan makanan tambah darah yang kurang diketahui ramai. Istimewanya, buah ini kaya dengan vitamin A.


Selain terkenal dengan memperbaiki kesihatan mata, vitamin A juga sangat berkesan meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.


2. Buah-buahan Kering 

Buah-buahan kering amat sesuai sebagai snek kudapan dan makanan tambah darah ibu hamil. Tinggalkan ‘junk food’ dan beralihlah kepada kismis, kurma, prun, aprikot, dan buah tin. Semua buah-buahan kering ini bukan sahaja sedap dan sihat, malahan ia turut memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam darah.

3. Ikan
Ikan mengandung asid lemak Omega-3Ikan Salmon, contohnya, boleh meningkatkan bacaan Hb anda ketika mengandung kerana ia turut mengandungi Vitamin B-12 untuk pembentukan sel-sel darah. Ikan juga sangat sesuai untuk diet anda kerana ia adalah makanan yang rendah nilai kolesterol.

Bagi anda yang menggemari telur ikan pula, ini berita baik untuk anda! Telur ikan juga mengandung nutrisi berkhasiat sepert protein, karbohidrat, dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin.

Pelbagaikanlah menu ‘seafood’ ini dalam hidangan seharian anda kerana tiram, kerang, dan hasil makanan laut lain juga tidak kurang hebat nutrisinya dalam membantu meningkatkan Hb darah.
4. Jambu Batu
Anda sangat disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan kerana ia mengandungi Vitamin C. Vitamin C ini akan membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamin C sebanyak 2 kali lebih banyak dari Vitamin C yang ada di buah oren!

5. Daging Merah
Berbanding dengan daging putih dalam ayam atau burung, daging merah pada haiwan seperti kambing, kerbau, dan lembu lebih kaya dengan protein dan banyak mengandung zat besi serta mineral lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3, dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil. Kesemua mineral ini mampu meningkatan hemoglobin dengan cepat.

Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa daging merah juga mempunyai lebih kandungan lemaknya berbanding daging putih. Oleh itu, elakkan pengambilan daging berlemak dan jangan ambil secara berlebihan karena ia boleh meningkatkan risiko pada jantung.
6. Sayuran Berdaun Hijau
Sayuran yang mengandung zat besi yang tinggi adalah sayuran berdaun hijau terutamanya bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, kale, dan sawi juga amat membantu ibu hamil untuk mengelakkan anemia. Selain itu, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang turut membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.

7. Kuning Telur
Telur mengandung protein, kalsium, dan vitamin serta zat besi. Untuk kesan yang lebih baik, belilah gred telur elok dan diperkaya dengan Omega-3. Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan tambah darah. Cuba amalkan pengambilan telur secara teratur 2 kali sehari.
8. Kentang
Selain sayuran berdaun, kentang juga mengandung zat besi dan juga vitamin C yang membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh. Vitamin C juga dapat mengikat radikal bebas dan memperkuat sistem kekebalan dalam tubuh. Untuk pengetahuan anda, kentang adalah salah satu sumber terbaik zat besi untuk vegetarian.

9. Hati
Mungkin tidak semua orang berselera memakan organ dalaman. Namun, hati adalah salah satu makanan paling tinggi zat besi. Menurut sumber, umumnya hati ayam (100gms) mengandung 9 mg zat besi. Hati lembu mengandungi lebih kalori dibandingkan dengan jenis hati lain, namun banyak mengandungi kadar zat besi yang tinggi.
10. Roti Dan Bijirin Berserat Tinggi
Roti dan bijirin berserat tinggi seperti beras merah memiliki kandungan karbohidrat, serat semulajadi, dan zat besi untuk meningkatkan sel-sel darah. Selain itu, menu diet seperti roti jagung, pasta, bijirin penuh serat (whole grain), ini berkesan dihidangkan kepada ibu hamil untuk menangani anemia.

11. Kekacang dan Bijian
Sumber kekacang boleh didapati daripada sayuran seperti kacang panjang, kacang buncis, dan kacang botol. Selain itu, anda boleh memakan kekacang sebagai snek atau kudapan. Antaranya kacang almond, pistachio, walnut, atau kacang badam yang dapat dicerna secara perlahan oleh sistem pencernaan, sehingga dapat mebantu menaikkan tekanan darah. Namun, pastikan anda tidak mengalami sebarang alahan terhadap kekacang ini.

Biji-bijian seperti kuaci, biji bunga matahari, atau biji labu juga amat bermanfaat. Menurut rujukan, 100 gram biji labu mengandung 15 mg zat besi, iaitu 83% dari nilai anjuran harian. Biji labu juga merupakan sumber utama asid lemak Omega 3 yang turut berfungsi membantu menurunkan kolesterol.

sumber: zuriat.my
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: