>

Monday, July 3, 2017

Tips Pengambilan Makanan Sihat Di Hari Raya Untuk Ibu Hamil

Pelbagai juadah akan dapat kita rasakan ketika menyambut perayaan Hari Raya. Ia adalah hari yang ditunggu-tunggu selepas sebulan kita berpuasa.

Bagi sesetengah orang, ia adalah hari makan sepuas-puasnya. Lemang, rendang, lontong, sate, nasi impit, kuih-muih dan macam-macam lagi.

Namun begitu, bagi ibu yang hamil, anda perlu berjaga-jaga tentang apa yang anda makan kerana ia akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan anda.
Ikuti tip berikut untuk cara pemakanan yang sihat ketika hari raya ini:
1. Elakkan Minuman Berkarbonat
Air berkarbonat adalah air yang selalu dihidangkan ketika kita menziarahi rakan dan suadara di hari raya. Air kosong jarang dihidangkan.

Ibu yang hamil perlu mengelakkannya kerana air berkarbonat mengandungi gula, perasa tambahan dan juga kafein yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan juga kelahiran pramatang.

Usah berasa malu untuk meminta air kosong. Pastinya tuan rumah akan memahami keadaan anda yang sedang hamil.
2. Elakkan Makanan Pedas
Kita semua tahu, sambal yang diletakkan bersama dengan sesetengah makanan sangatlah sedap sekali!

Tetapi, anda perlu tahu yang kandungan di dalam sambal adalah berasid dan berminyak.
Jika dimakan didalam kuantiti yang banyak, ia akan mengakibatkan anda berasa kembung perut, muntah-muntah, cirit-birit dan dehidrasi yang amat teruk.

Anda masih mahu juga meletakkan sambal di dalam kuah kacang anda? Boleh, tetapi sedikit sahaja dan pastikan anda banyak minum air kosong.

3. Kuih, biskut dan Kek Raya
Hari raya tidak sempurna tanpa hidangan kuih raya yang pelbagai jenis warna dan rasa.
Saiznya yang kecil membuatkan anda tidak sedar anda telah makan separuh balang kuih kapit yang mak cik anda buat. Jadi, anda perlu berhati-hati.

Walaupun saiz biskut itu kecil, ia mengandungi kandungan gula dan lemak tepu, yang menjadi penyebab kenaikan berat badan, masalah jantung dan juga diabetes.
Jika teringin untuk menjamah biskut yang dihidangkan, ambil 2 -3 keping sahaja ya.

4. Keropok dan Muruku
Ia adalah amat mudah untuk diingati. Apa-apa makanan yang berminyak sepatutnya dielakkan oleh wanita yang hamil.

Keropok dan muruku bukan sahaja berminyak, malah ia juga mengandungi natrium, bahan tambahan, pengawet dan MSG (yang membuatkan anda tidak boleh berhenti mengunyah).

Kacang juga perlu dimakan dalam kuantiti yang sedikit. Kacang yang dipanggang adalah lebih bagus kerana ia mengandungi minyak semulajadi.
5. Kopi dan Teh
Selain air berkarbonat, air panas seperti kopi dan teh juga selalunya dihidangkan semasa rumah terbuka.

Anda dinasihati untuk mengehadkan pengambilan kafein anda kepada kurang daripada 200 miligram sehari, iaitu kira-kira satu cawan 11-auns kopi.

Ini adalah kerana, apabila anda minum secawan kopi, kafein akan diedar melalui plasenta memasuki ke dalam cecair amnion dan ke aliran darah bayi anda.
Walaupun badan anda menyingkirkan kafein itu, badan bayi anda masih sedang membesar dan mengambil masa yang lebih lama untuk memprosesnya.

Akibatnya, bayi anda terdedah kepada kesan kafein lebih lama daripada anda.

Kepada para ibu, makanlah berpada-pada di hari raya. Mungkin serba sedikit tips ini membantu dan menjadi panduan ibu-ibu di luar sana.... 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami. ;)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: