>

Friday, July 21, 2017

Tips Mengajar Anak Mudah Untuk Gosok Gigi

Tabiat menggosok gigi perlu menjadi aktiviti menyeronokkan buat si anak. Apatah lagi jika usia anak semakin bertambah dan anak sudah mula mengambil pelbagai jenis makanan seperti makanan manis, jus, coklat, keropok dan sebagainya. Makanan manis yang diambil oleh anak sejak kecil akan menimbulkan masalah pada gigi seperti berlubang, mudah rapuh dan kehitaman serta menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

Dengan itu, amat penting untuk ibu bapa mendedahkan anak mengosok gigi sejak kecil secara teratur.
Ada beberapa teknik yang ibu ayah boleh praktikkan untuk si kecil. Antaranya:

1. Ajarkan Sejak Kecil
Membiasakan menggosok gigi pada anak akan lebih mudah jika anda melakukannya sejak kecil. Anda boleh mula membiasakan sejak anak belum tumbuh gigi lagi. Contohnya, setiap kali mahu mandi boleh gosokkan dengan kain basah atau berus gigi lembut.
Jadikannya sebagai rutin dan apabila anda dah berusia dua tahun ke atas lagi mudah untuknya buat sendiri.

2. Biarkan Anak Memilih Berus dan Ubat Gigi Sendiri
Untuk memupuk minat anak supaya mudah gosok gigi, beri peluang pada anak untuk memilih berus dan ubat giginya sendiri. Dengan pelbagai bentuk dan warna yang ada pasti anak-anak akan teruja dan secara tak langsung jadi bersemangat untuk menggosok gigi.

3. Jadikan Waktu Menggosok Gigi Aktiviti Menyeronokkan 
Jelaskan pada anak pentingnya menggosok gigi untuk mengelak kuman yang boleh melekat pada gigi. Jika tak gosok, gigi akan sakit. Anda bolehlah guna teknik penceritaan agar anak rasa seronok dan tak takut untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan gigi secara berkala.

4. Gosok Gigi Bersama
Mengajar anak untuk menggosok gigi tidak cukup dengan teori, anak juga perlu tahu yang ibu bapanya turut melakukan hal yang sama. Untuk itu, tidak salahnya salah seorang meluangkan masa menggosok bersama anak.

Dari situ anak akan faham yang aktiviti ini sangat penting untuk semua peringkat umur dan ibu bapa boleh menunjukkan cara yang betul untuk menggosok.

sumber: majalahpama
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: