>

Tuesday, July 25, 2017

Menu Makanan Bantu Tumbesaran Anak Pintar

Pernahkah anda berasa buntu dan tidak tahu apa menu yang hendak dimasak untuk anak anda? Apatah lagi apabila balik dari pejabat, anda tidak sempat singgah ke pasaraya untuk membeli barang mentah.
Bahkan bila buka peti ais, tiada bahan makanan yang boleh diolah untuk dijadikan menu sihat hidangan anak. Sekiranya mempunyai anak-anak sedang membesar, anda perlu tahu tentang keperluan pemakanan sihat mereka.
Mereka memerlukan khasiat makanan yang cukup untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan badan dan otak yang cergas dan cerdas. Oleh itu dalam menu makanan untuk anak anda, jangan sekali-kali ‘tangkap muat’ bahan-bahan yang kurang khasiat. Anda mesti mempunyai perancangan khusus untuk penyediaan menu makanan si manja.
Oleh itu bila menjadi ibu, anda perlu peka terhadap keperluan khasiat pemakanan anak. Carilah ilmu dan info tentang pemakanan sihat untuk anak-anak. Ia penting bagi menyokong pertumbuhan sihat mereka serta menggalakkan mereka mengamalkan gaya pemakanan sihat sejak usia kecil lagi.
Kadang kala apabila kekurangan bahan mentah untuk dimasak, kita cenderung membawa anak-anak makan makanan segera. Memang ia cepat dan pantas diperoleh tetapi kesan jangka panjangnya amat buruk kepada anak-anak.
Panduan mudah berikut mungkin boleh diaplikasikan oleh para ibu untuk memudahkan pengurusan menu makanan berkhasiat buat si kecil yang sedang membesar.
  1. Rancang menu sekeluarga untuk tempoh seminggu.
  1. Beli keperluan bahan mentah yang diperlukan untuk memasak pada hujung minggu.
  1. Rajin mencari idea dan info tentang menu masakan berkhasiat untuk kanak-kanak daripada internet, buku dan majalah.
  1. Berkongsi resipi dengan kawan-kawan di pejabat, media sosial dan sebagainya.
  1. Memahami keperluan kalori dan zat makanan anak-anak mengikut usia mereka.
Semoga anda semua mampu menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak termasuk dalam bab menyediakan makanan untuk mereka. Ini kerana pemakanan yang sihat dan seimbang melahirkan anak-anak yang sihat dan pintar.

sumber : majalahpama
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: