>

Monday, July 24, 2017

Kenapa Anak Saya Penakut? Cuba 8 Tips Ini.

Anak yang penakut cenderung menjadi seorang yang tidak yakin pada diri sendiri. Hal ini kerana anak merasa tidak selamat dan mengharapkan bantuan orang lain di sekelilingnya, terutama kedua ibu bapa.
Penyebab anak menjadi penakut antara lain adalah:
1. Sering dimomokkan dengan kisah dongeng yang menakutkan, misalnya tentang syaitan, jin, atau hantu.
2.  Pola asuh atau perlakuan tidak menyenangkan dari ibu bapa. Misalnya, ibu bapa sering memukul jika anak buat silap, suka marah-marah sehingga anak sentiasa berada dalam ketakutan.
3. Trauma akan sebuah kejadian di masa lalu. Misalnya, anak pernah jatuh ketika memanjat pokok. Hal ini akan membuatkan anak jadi fobia. 
4. Sering ditakutkan. Misalnya, ketika anak susah nak tidur, ibu pula  menakut-nakutkann dengan mengatakan bahawa di luar sana sudah gelap dan di dalam gelap ada makhluk menyeramkan yang akan datang dekat anak yang tidak mahu tidur. Atau, ketika anak sedang mengamuk, untuk mendiamkan anak, ibu mengancam akan meletakkan dalam bilik gelap.
Rasa takut sebenarnya merupakan perkara yang normal kerana ia boleh membuatkan seseorang itu lebih berwaspada dan berusaha melindungi diri dari hal-hal yang membahayakan dirinya. Cuma jika perasaan takut berlebihan ini yang perlu dielakkan.
Sedangkan keberanian sangat diperlukan untuk seseorang berjaya. Oleh itu, anak penakut perlu dibantu untuk memulihkan semangatnya.
Beberapa hal yang dapat dilakukan untuk mengatasi anak penakut:
1.Berhenti dari bercerita mengenai cerita hantu atau dongeng sebaliknya gantilah dengan cerita yang boleh memberi motivasi.
2.Menunjukkan contoh kepada anak yang ibu ayah pun seorang yang berani. Katakan pada anak bahawa untuk berasa takut tak salah tetapi janganlah lebih-lebih sedangkan perkara itu tidak membahayakan.
3.Mengajak anak untuk menghadapi ketakutannya. Misalnya, ajaklah anak ke tempat gelap, memegang haiwan dan sebagainya, bergantung kepada apa yang ditakutkan anak. Yakinkan pada anak bahawa perkara yang ditakutkan itu bukanlah bahaya. Namun, jika penyebab takutnya memang bersifat membahayakan, ajarkan anak cara-cara yang selamat untuk menghadapinya.
4.Jika penyebab ketakutan anak adalah trauma atas suatu kejadian di masa lalu, mintalah bantuan psikologi untuk menanganinya. Mintalah saranan mengenai terapi yang tepat dan efektif untuk mengatasi ketakutan anak.
5.Memberikan rasa selamat pada anak dalam melaksanakan sesuatu perkara. Yakinkan dia boleh lakukan.
6.Memastikan pola asuh yang diterapkan ibu bapa tidak membuatkan anak berasa ketakutan yang berpanjangan. Jika sebelum ini kita menakutkan anak maka ubahlah 
7.Memberi pujian ketika anak menunjukkan perubahan perilaku yang lebih berani berbanding kebiasaannya.
8.Memberi anak pengertian bahawa keberanian sangat penting untuk keperlua masa depan dan menguatkan peribadinya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: