>

Friday, July 7, 2017

Ibu Perlu Tahu! Setiap Warna Buah Dan Sayur Mempunyai Khasiat Yang Berbeza

Seperti yang ibu-ibu semua tahu, sayur-sayuran dan buah-buahan memang kaya dengan khasiat. Ia baik untuk tumbesaran anak-anak yang sedang membesar. Namun tahu kah anda di sebalik warna sayur dan buah itu terkandung khasiatnya yang tersendiri, ia juga dapat memenuhi keperluan nutrisi badan yang diperlukan.
1. Warna Putih
Buah-buahan yang berwarna putih seperti pisang, duku, laici, longan dan durian belanda mengandungi tinggi serat dan vitamin C. Ia tidak banyak mengandungi antioksidan tetapi serat yang tinggi dalam buah-buahan ini dapat menampung keperluan serat harian si kecil anda. Sayur seperti lobak putih, tauge, sawi putih, bunga kubis dan cendawan pula kaya dengan vitamin E dan C.
2. Warna Ungu
Buah atau sayuran yang berwarna ungu dapat membuatkan otak anak anda berfungsi secara optima. Ia mengandungi anthocsyanin dan proanthocyanin yang merupakan antioksidan yang mampu menjaga kesihatan jantung. Selain kedua zat itu, sayur dan buah yang berwarna ungu juga mengandung anthycianin yang membantu menurunkan risiko tekanan darah tinggi dan kolesterol. Buah dan sayur yang memiliki warna ungu seperti blackberry, blueberry, terung, ubi ungu, plum, cranberry, anggur dan rasberry. Semakin ungu warna buah dan sayur, menandakan jumlah antioksidan yang semakin tinggi. Antioksidan pada bahan makanan yang berwarna ungu dapat mencegah kerosakan sel pada tubuh. 

3. Warna Merah
Sayur dan buah berwarna merah mengandungi likopen, iaitu zat yang berfungsi dalam menjaga kesihatan sel dan mampu melindungi tubuh daripada kanser seperti kanser prostat dan kanser payudara. Warna merah pada makanan juga mengandungi antosianin yang dapat mencegah si kecil daripada terkena penyakit berjangkit. Antara buah-buahan dan sayuran yang berwarna merah adalah anggur merah, epal, tomato, tembikai, kacang merah, bayam merah dan kubis merah.
4. Warna Hijau
Buah-buahan dan sayuran yang berwarna hijau baik untuk kesihatan mata si kecil kerana ia mengandungi zat lutein dan zeaxantin. Ia dapat membantu mencegah kerosakan mata bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga. Berlainan pula dengan sayur yang berwarna hijau tua seperti brokoli, ia mempunyai indoles isothiocyanates yang dapat meningkatkan pengeluaran enzim yang berfungsi menghilangkan racun dalam tubuh selain dapat mencegah kanser. Apa yang perlu anda tahu, semakin gelap warna hijau pada sayuran yang dimakan, semakin banyak klorofil dan antioksidan di dalamnya. Antara sayuran hijau yang berkhasiat itu adalah bayam, kangkung, sawi, buncis, epal hijau, kiwi dan banyak lagi.
5. Warna Kuning atau Jingga
Buah dan sayuran yang berwarna kuning dan jingga memiliki kandungan beta karoten dan alpha karoten. Di dalam tubuh, kedua zat ini diubah menjadi bentuk aktif vitamin A yang membantu menjaga kesihatan mata. Beta karoten juga antioksidan yang membantu menjaga sistem imun kanak-kanak. Buah dan sayur yang berwarna kuning dan jingga seperti keledek, limau, lobak merah, labu, mangga, apricot, labu air dan betik kaya dengan kandungan vitamin C. ia juga kaya dengan potassium yang berfungsi dalam menjaga tekanan darah.

Ibu-ibu perlu sentiasa pastikan anak mendapat segala khasiat makanan yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dalam menu hariannya.

Bagaimana jika anak-anak yang tidak mahu makan sayuran atau buahan yang ibu ingin berikan? Suka saya cadangkan beberapa vitamin sebagai pilihan alternatif ibu bapa pada masa kini. Antara vitamin yang ingin saya cadangkan ialah Omega Guard, Mealshakes & Vitalea Chewbal Shaklee.


sumber : majalahpama
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: