>

Monday, July 17, 2017

Hanya 10 Minit Sehari Untuk Memastikan Si Manja Anda Cergas dan Ceria

Pasti ibu ingin lakukan sesuatu yang membuatkan bayi anda rasa tersenyum ketawa, atau aktiviti yang buatkan bayi anda lebih aktif dan ceria.

Ikuti lima aktiviti mudah untuk anda lakukan dengan bayi. Memadai hanya 10 minit untuk keceriaan dan kecergasan si manja anda.

1.Mama sayang adik! Sambil mengucapkan kata-kata azimat ini, anda angkat bayi dengan kedua-dua tangan, lantas terus menghalakan muka anda ke muka bayi. Bayi tentu ketawa kegembiraan. Bayi amat menyukai situasi ini apabila anda muka anda didekatkan kepadanya. Jangan lupa untuk memberikan ciuman kepada bayi anda.  Ciuman akan memberi kesan psikologi secara positif kepada anak anda.

2.Posisi bayi baring dalam ribaan amat digemari oleh bayi. Posisi ini iaitu anda duduk dengan lutut dibengkokkan dan bayi pula diletakkan dalam posisi baring. Pandangan bayi secara terus kepada anda membuatkan bayi berasa selamat. Dalam pada itu, anda boleh melakukan gerakan dengan posisi ini. Anda boleh jatuhkan lutut anda ke lantai secara berulang kali secara perlahan, tetapi pegang tangan bayi untuk memberi sokongan supaya tidak jatuh dan tersentak dengan kuat. Sambil itu, anda boleh membuat mimik muka lucu atau mencium tapak kakinya yang comel! Pasti bayi teruja dengan gerakkan ini.

3.Posisi ‘terbang’ ini membuatkan bayi lebih aktif. Anda baring dengan kedudukan 90 darjah, kemudian bayi dibaringkan di atas kedua-dua belah betis anda. Bayi menjadi ‘pemberat’ untuk anda angkat kaki atas dan ke bawah secara berulang kali. Jangan lupa nyanyikan lagi kegemaran bayi anda. Selain bayi ceria, posisi ini secara tidak langsung mampu mengempiskan perut anda.

4.Anda duduk posisi tegak, sambil itu angkat bayi serta gerakkan bayi bahagian sisi. Pusing semula ke hadapan dan kemudian ke kanan. Senaman ini membantu membentuk pinggang anda lebih ramping dan lengan juga lebih pejal. Malah gerakan buaian ini sudah tentu membuatkan bayi seronok apabila badannya digerakkan secara berulang kali. Anda juga boleh melakukan gerakkan seperti ini secara berdiri. Sambil memegang bayi seperti posisi tadi, anda boleh lakukan secara menari. Pasang lagu rancak dan mula menari bersama bayi anda. Bayi berasa cukup selesa dapat mengerakkan badan mengikut irama dan pergerakan.

5.Dukung bayi di bahagian belakang. Ia aktiviti yang membuatkan hubungan anda dan bayi lebih rapat. Posisi ini memerlukan anda memegang bayi dengan badannya dekat dengan badan anda. Pastikan anda memegang bayi daripada belakang dengan selesa dan bayi pula memegang anda. Ayunnya secara perlahan-lahan ke kiri dan kanan.  Bayi akan berasa seperti menaiki buai.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: