>

Friday, July 14, 2017

Elakkan Anak Asyik Bermain Gajet, Jom Cuba Aktiviti Ini.

Enam tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak adalah amat penting untuk perkembangan mindanya. Dalam tempoh ini, ibu bapa perlu melakukan pelbagai aktiviti yang mampu menjana mindanya menjadi lebih positif. Biarpun anda bekerjanya, aktiviti ini boleh dilakukan bila-bila masa. Jom lakukan!

1. Bermain di Luar
Sekali sekala boleh ajak anak buat aktiviti luar rumah seperti bermain pasir, tanam pokok dan sebagainya. Biarkan pakaian dan tangan mereka kotor. Aktiviti kembali ke alam semula jadi ini akan memberikan kesegaran kepadanya. Malah, anda juga boleh ajar dia mengenai alam semula jadi.

2. Permainan Interaktif
Anak prasekolah semakin matang. Galakkan dia untuk bermain permainan interaktif dan menguji minda. Contoh permainan interaktif adalah catur, susun kubah kayu dan lego.

3. Mewarna dan Memilih Gambar
Lakukan aktiviti seragam ini iaitu mewarna dan pilih gambar. Biarkan anak anda memilih sendiri gambar daripada Internet. Cara ini lebih jimat daripada membeli buku mewarna. Malah anak anda lebih yakin pada diri apabila dia dibenarkan membuat pilihan gambar. Kemudian, pilih hasil warna paling cantik untuk ditampal di dinding di dalam biliknya. Aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan diri si anak.

4. Mencuci Kereta
Kadang kala, tidak salah libatkan anak untuk mencuci kereta anda. Ia bukanlah sesuatu aktiviti yang berat. Boleh jadi, ia sesuatu yang  menyeronokkan buat dirinya.

5. Kraf Bahan Terbuang
Banyak bahan terbuang dapat dimanfaatkan untuk dijadikan aktiviti bersama anak. Contohnya membuat kereta, robot, rumah, dapur mainan daripada kotak dan banyak lagi. Cara ini juga boleh merangsang pemikiran kreatif. Selain kotak, boleh juga guna bahan-bahan sedia ada di dapur contohnya tali, straw dan slain-lain.

6. Jom ke Dapur
Sama ada anak lelaki atau perempuan, aktiviti memasak perlu didedahkan dari awal. Ia adalah aktiviti yang bagus untuk membentuk disiplin diri dan keyakinan. Biarpun kerja-kerja memasak akan mengambil sedikit masa dan dapur menjadi agak kotor namun ia boleh mengelakkan anak daripada memberi tumpuan kepada gajet dan memberinya lebih ruang untuk menjadi kreatif.

7. Melukis
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahamannya. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

8. Membaca
Mendengar cerita daripada orang dewasa amat digemari oleh kanak-kanak. Oleh itu, jadualkan beberapa minit untuk membaca buku cerita sebelum simanja tidur setiap malam. Gunakan kesempatan itu untuk berkomunikasi dan menyatakan unsur-unsur teladan dalam penceritaan anda. Selain itu,membaca bersama-sama dapat menanamkan minat anak untuk membaca juga.

9. Terokai Alam
Bermain dengan alam semula jadi adalah salah satu aktiviti yang memberi manfaat kepada kanak-kanak. Aktiviti ini amat sesuai untuk mendekatkan diri kanak-kanak kepada alam semula jadi. Kanak-kanak sangat aktif, suka bergerak serta inginkan aktiviti menggunakan kedua-dua tangan dan kaki. Bermain dengan alam seperti menanam pokok, bermain tanah dan air, secara tidak langsung mendorong kepada perkembangan otak.

Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah penggunaa gajet kepada anak-anak. Elakkan dari mededahkan anak-anak kepada dunia gajet. Pantau setiap kali penggunaan gajet pada anak-anak. Ini memastikan anak-anak tidak rasa ketagih bermain gajet dan juga supaya mereka tidak mudah memberontak atau buat perkara yang tidak berfaedah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: