>

Tuesday, July 11, 2017

Beberapa Makanan Yang Dikatakan Boleh Memberi Kesan Pada Kelakuan Si Manja

Sering kali gula menjadi satu-satunya makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan adik aktif dan sukar dikawal. Namun tahu kah anda, makanan lain juga memberikan impak kepada kelakuan si manja. Antaranya ialah:
1. Produk Tenusu
Bagi si manja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.

2. Pewarna Tiruan
Tidak ramai yang tahu perwarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactivity dan perubahan tabiat. Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Hati-hati akan kehadiran pewarna tiruan ini selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti atau tairu.
3. Gula
Gula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak-kanak terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang.

4. Bahan Pengawet
Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur.
5. Bahan Perasa
Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactivity kepada kanak-kanak.

Sebagai Ibu bapa yang inginkan kesihatan anak anda lebih baik, perlulah berhati-hati dalam memilih dan menyediakan makanan untuk si manja anda. Pastikan ibu menyediakan makanan yang berkhasiat serta memberikan keperluan nutrian yang cukup mengikut peringkat umur si manja anda yang sedang membesar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: