>

Sunday, July 16, 2017

5 Cara Terbaik Bantu Anak Cepat Berjalan

Belajar berjalan akan membuat anak mengerahkan segala kemampuan untuk menjaga keseimbangan. Biasanya anak mula belajar berjalan sekitar umur 9 bulan dan 12 bulan dan kemudiannya akan muka berjalan secara seimbang antara lingkungan 14 atau 15 bulan.

Berikut adalah 5 cara bantu untuk bayi anda berjalan. 
1. Tanpa Alas Kaki
Saat melatihnya berjalan di dalam rumah, tanggalkan alas kakinya. Selain melatih berjalan ia dapat menguatkan otot di tapak kaki. Yang penting,  jauhkan barang-barang yang dapat melukai kakinya.  Ajak juga anak berjalan di rumput, tanah, pasir dan air. Biarkan anak merasakan perbezaan tekstur tempat ia berjalan. Mungkin cara ini membuatkan anak rasa geli dan kotor, tapi bimbing si kecil untuk tetap melangkah.

2. Jangan Terlalu Suka Berdukung
Ramai ibu bapa yang suka mendukung anak atas beberapa alasan tertentu. Mengikut kajian jika anak terlalu suka didukung perkembangan kemampuan berjalan dan motoriknya menjadi lambat. Berilah peluang kepada anak berjalan tetapi di bawah pengawasan anda. Contoh di mall atau di kawasan yang lapang.

3. Berjalan Dengan Memegang Tangan
Situasi yang mudah untuk melatih anak anda berjalan adalah dengan memegang tangannya terlebih dahulu biar anak rasa yakin. Apabila anda melihat ia dah stabil boleh cuba melepaskan tangannya secara perlahan-lahan  dan bagi peluang berjalan sendiri.

Bagaimanapun anda kena sentiasa bersedia jika anak mahu dipegang semula. Dengan cara ini anak akan rasa lebih percaya diri kerana ibu dan ayahnya sedia membantu.

4. Umpan Dengan Mainan
Umpan anak dengan mainan kesukaannya seperti anak patung, bola, kereta atau apa sahaja di tangan anda. Selepas itu anda boleh melambaikan mainan tersebut sambil memanggil namanya . Bukan sahaja aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan anda dengan anak tetapi membantunya berjalan sambil menghampiri anda. Sangat mudah kan!

5. Alat Bantuan Mainan
Alat bantu mainan sebenarnya boleh membina daya imaginasi anak. Dalam tempoh ini anda boleh dedahkan dia dengan membeli troli yang kecil dan ajar cara dia menolak troli tersebut. Langkah demi langkah yang dia lakukan akan memberi satu keseronokan dan lebih mudah untuk anda perhatikannya.

Sekiranya anak anda belum mampu berjalan jangan paksa dia selagi belum menjangkau usia yang sepatutnya. Perkembangan setiap bayi lain-lain dan tak boleh nak bandingkan dengan anak orang lain. Apa yang perlu anda lakukan adalah bersabar dan boleh cuba membantunya secara perlahan-lahan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: