>

Tuesday, June 13, 2017

Tips Kembalikan Susu Badan Yang 'Drop'

Susu Drop! ohhh...tidakkk.

Perkara yang paling para ibu takuti bila susu drop secara tiba-tiba, tanpa disedari emosi ibu dalam keadaan terganggu atau stress. Bila perahan susu semain kurang, stok susu semakin susut. Aduuhhhh....memang buat ibu gelabah kan. Niat nak menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan takkan nak lupakan dengan ganti dengan susu formula? 

Relax....ibu-ibu jangan risau, setiap permasalah itu pasti ada cara untuk kita selesaikan. 
Pertama sekali anda sebagai ibu yang mahu menyusukan eksklusif perlu bertenang sekiranya anda sedar susu makin drop. Anda perlu bertenang dan positif, anda sudah capai sehingga ke saat dan detik ini, berjaya kumpul stok, anak selama ini berjaya disusui oleh susu badan anda sendiri dalam tempoh sehingga masa sekarang. Susu drop bukan noktah, anda tidak perlu give-up. 

Anda hanya perlu bertenang dan positif. Ingat kembali kenapa anda memilih untuk menyusu susu ibu secara eksklusif dari awal dulu? Semuanya pasti ada jalan penyelesaian, susu anda akan kembali ke kuantiti perahan seperti sediakala. 
Kedua, disiplinkan diri dengan ikut jadual pam yang betul sekurang-kurangnya kosongkan payudara 2-3 jam sekali, paling lama 30 minit setiap sesi ketika di tempat kerja. Jangan skip mengepam atau tunggu payudara penuh baru pam, itu salah untuk penyusuan eksklusif. Kerap kosongkan payudara anda mengikut jadual mengepam. Kerap kosongkan payudara anda. Ketika pulang kerja, jangan lupa buat tandem pumping ketika anak tengah direct feeding dengan kita. Kosongkan serentak payudara anda walaupun anda berada dirumah. Semua ini untuk tingkatkan demand penghasilan susu dari kilang susu badan anda.

ketigabuat power pumping pada malam hari. Power pumping dengan teknik yang betul sangat membantu. Pastikan anda tidur terlebih dahulu dan bangun kira-kira jam 2.00 – 3.00 pagi untuk buat power pumping atau 5.00 – 6.00 pagi. Jangan hanya buat satu malam, buat untuk semingu dua minggu atau sehingga badan anda pulih dan dapat hasilkan oz susu perahan yang dikehendaki.
Keempat, pastikan ibu-ibu menjaga pengambilan makanan seharian. Elakkan mengambil minuman berkafien, ambillah makanan yang berkhasiat serta seimbang. Boleh juga ambil makanan sebagai 'milk booster' untuk membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih baik lagi.

Kelima, sebagai alternatif dan ikhtiar lain. Ibu -ibu boleh cuba mengambil suplemen lengkap bagi ibu menyusu untuk membantu pengeluaran susu dengan lebih baik. Membantu ibu kurang merasa letih dan stress. Cadangan suplemen untuk ibu menyusu ialah, ESP Protien, Vitamin C, B-complex, Vitalea, Alfalfa, Ostematrix dan Omega Guard.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: