>

Tuesday, June 6, 2017

Tips Berpuasa Bagi Ibu Hamil Dan Menyusukan

1. Makanan yang diambil
  • Pengambilan makanan seperti kurma dan susu kambing adalah sangat-sangat digalakkan semasa bersahur dan berbuka.
  • Makan sekurang-kurangnya 7 biji kurma, Inshaa Allah dapat bekalan tenaga yang luar biasa.

2. Minuman

  • Minum air masak sebanyak mungkin dan kurangkan pula pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi.
  • Ini kerana kafein akan merangsang kita untuk kerap membuang air kecil. Jadi secara tidak langsung kita akan mudah terhidrat.
  • Pastikan minum air masak 0.5- 1 liter semasa sahur dan lagi 2 liter  antara selepas berbuka hingga tidur. Atau sekurang-kurangnya, seperti rajah di bawah :

  • Air sangat penting untuk ibu hamil dan menyusukan tau. Kekurangan air pada tubuh kita boleh menyebabkan keguguran kalau terlalu teruk dan susu akan berkurang.


3. Sumber Protein
  • Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi protein kerana ia membekalkan tenaga lebih lama kepada kita berbanding karbohidrat.
  • Set untuk berpuasa Shaklee mengandungi protein yang tinggi dan dapat memberikan tenaga sepanjang kita berpuasa.


4. Fiber
  • Perbanyakkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayuran dan bijirin kerana ia membantu kita untuk kekal kenyang lebih lama.

5. Gula
  • Elakkan pengambilan gula atau makanan yang manis terlalu banyak kerana ia akan membuatkan paras gula kita naik dan turun secara mendadak. Ini boleh menyebabkan kita mudah pitam dan pening.
  • Jadi kurangkan makan kuih manis-manis.
6. Suplemen
  • Ibu-ibu yang hamil dan menyusukan bayi pasti ingin kekal bertenaga sepanjang hari. Yelahkan atas sebab dah banyak kalori yang dibakar apabila menyusu, tambahan pula dalam keadaan hamil.
  • Antara suplemen yang mengandungi keperluan vitamin yang cukup membantu ibu menyusu dengan baik tanpa menjejaskan atau bimbang keselamatan bayi yang dikandung. iaitu ESP Protein, Vitalea, Vit C, B-complex, Ostematrik,


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: