>

Saturday, June 24, 2017

Tips Agar Anak Tidak Meragam Masa Pergi Beraya

Bila hari raya pasti kita akan berkunjung ke rumah sedara-mara untuk beraya. Tapi bila ada anak-anak kecil pasti buat ibu-ibu agak terhad untuk duduk berbual dan mesra bersama ahli keluarga.

Jom saya kongsikan beberapa tips untuk ibu bapa lebih rasa selesa untuk kunjung mengunjung ke rumah sedara mara pada hari raya nanti.


1. Pastikan Anak Kenyang
Sebelum nak pergi beraya ada baiknya ibu memberi anak makan secukupnya. Tak semestinya rumah yang akan kita kunjungi nanti menyediakan menu yang sesuai dengan anak-anak. Bagi anak yang masih bayi, pastikan anda memberi minum susu mengikut masa dan makanan khas mereka. Apabila dah ada anak ini, kita dah tak boleh pentingkan diri sendiri.

2. Bagi Anak Tidur Cukup
Anak yang tak cukup tidur akan mula meragam. Ada je yang tak kena sehingga boleh buat ibu stres. Sebagai langkah mudah pastikan anak tidur cukup waktu malam. Sebelum nak keluar beraya boleh tidurkan anak terlebih dahulu. Mereka akan bertenaga dan tak banyak ragam jika kita bawa ke mana-mana.

3. Pakai Baju Yang Selesa
Elakkan mengenakan pakaian yang tebal dan tidak menyerap peluh. Selain itu perhiasan yang terlalu sarat pada baju anak akan merimaskan mereka. Biasanya anak kecil mahu bebas berlari ke sana sini. Jadi pilihlah yang simple dan sesuai dengan umur.

4. Bawa Kelengkapan Anak Secukupnya
Apabila dah beraya ni, pasti dah ada perancangan dalam kepala ibu ayah untuk pergi berapa buah rumah pada hari tersebut. Nak memudahkan, ibu boleh bawa kelengkapan anak secukupnya seperti diaper, susu, makanan, baju/ tuala, minyak angin dan barang lain yang dirasakan perlu. Cara ini sebagai persediaan untuk memudahkan anak diuruskan sepanjang hari itu.

5. Jangan Terlalu Lama Beraya di Sesebuah Rumah
Biasalah apabila kita dah berjumpa sanak saudara, mesti banyak cerita yang dikongsikan. Kadang-kadang dah terlupa mengenai keselesaan anak kecil. Mereka akan cepat bosan dan mulalah nak mengamuk. Tak mahu situasi ini berlaku kita yang kena peka. Seeloknya kita dah bajet masa untuk satu rumah dalam 30 minit. Lepas tu bolehlah kita minta izin dengan tuan rumah untuk ke tempat lain pula.

sumber: majalah pa&ma
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: