>

Thursday, June 15, 2017

Surirumah Perlukah Mengepam / Memerah Susu

Dalam situasi sebagai seorang suri rumah, mungkin ada yang berpendapat tidak perlu untuk memerah atau mengepam susu untuk dibuat stok EBM. Kerana ibu sentiasa bersama bayi di rumah atau ke mana-mana. 

Tetapi mungkin juga ia perlu dibuat stok EBM untuk beberapa perkara yang perlu. Ada 6 sebab ibu suri rumah PERLU mengepam susu untuk  beberapa keadaan:

1.  Perlu tinggalkan anak untuk satu tempoh. Contohnya, ibu perlu ke pasar basah untuk memberi barang dapur, ada kecemasan yang tidak sesuai untuk membawa bayi bersama, menghadiri majlis ilmu, kursus atau seminar dan sebagainya.


 
2. ME-Time. Sebagai ibu dan wanita ada masa ibu perlu meluangkan masa untuk diri sendiri. Contohnya, seperti berdandan di SPA, Salon, terapi diri dengan yoga. Ataupun mahu bersosial bersama rakan-rakan dan sebagainya.

3. Ibu perlu memakan (consume) ubat hospital. Ada keadaan yang kemungkinan berlaku di mana ibu perlu makan (consume) ubat hospital yang dikuatiri akan memberi kesan sampingan kepada susu ibu untuk diminum oleh bayi. Jadi, stok EBM adalah penyelamat ketika itu.


4. Elak situasi mengempeng. Jika ibu dapati anak selalu mengempeng, ibu boleh menawarkan (offer) bayi anda dengan susu EBM dalam botol  (bagi bayi yang sudah pandai dan tidak alami nipple confusion). Jadi ini dapat elakkan anak kerap mengempeng lama dengan ibu. Masa penyusuan dan pengurusan masa ibu juga akan lebih terancang.

5. Pengeluaran susu ibu terganggu. Sesetengah ibu berkemungkinan akan mengalami gangguan pengeluaran susu ketika datang haid. Jadi stok susu EBM dapat membantu memenuhi demand anak ketika itu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: