>

Friday, May 26, 2017

Saat Yang Dirindui Ibu, Selepas Bercerai Susu Dengan Bayi.

Saat-saat manis menyusukan bayi adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh semua para ibu. Dari selepas bersalin sehinggalah bercerai susu dengan bayi anda. Banyak ragam dan pengalaman yang ibu cipta bersama bayi mereka.

Jom saya kongsikan beberapa pengalaman yang mesti para ibu tidak dapat lupakan, akan terasa ingin ada lagi bayi untuk disusukan.... 
1. Kena Gigit!
Adoiii!......itu lah jeritan ibu apabila sedang menyusukan bayi yang dah mempunyai gigi. Secara tiba-tiba bayi anda mengigit tanpa dijangka, walaupun ketika itu ia sudah pun hendak terlelap. 

2. Leaking atau Bocor
Ini salah satu juga yang dikirakan sebagai 'tak sempat', kes tak sempat nak mengepam susu atau nak berikan bayi menyusu. Bila breast dah pun terlalu penuh dengan susu. Kekadang belum sempat nak bagi bayi anda, dah habis mukanya terkena pancutan susu. 
3. Mabuk Susu
Adakala bayi anda menyusu dalam keadaan seperti kehausan sangat, hisap dengan laju bagai tak sempat. Selepas menyusu, bayi anda mulai 'mamai' atau khayal untuk tidur. Sambil mukanya tersenggih-senggih sendiri. Bila teringat, comelkan! Inilah dipanggil 'Mabuk Susu' 

4. "Sound Effect"
Salah satu menyusu badan juga, boleh melihat kreativiti anak. Ada yang menyanyi atau membuat bunyi pelbagai semasa menyusu. Mungkin ia tindakan refleks bayi atau bayi ada maksud tersendiri. Tapi bunyi yang dibuat itu menunjukkan macam terllau sedap sangat susu ibu tu. 
5. Gaya Akrobat
Bukan sekadar berbaring, tapi pelbagai aksi dan gaya yang bayi anda lakukan. Sekejap pusing ke kanan, sekejap pusing ke kiri. Ada gak yang cuba berdiri sambil menyusu! Tarik rambut ibu, pulas jari, kaki pula ternaik-naik ke muka ibu. Bila anak semakin membesar, pelbagai aksi lagi yang mereka lakukan, ibu juga yang terseksa. hehehe....

6. Suka Buka Luas-luas
Ada juga bayi yang suka tarik dan buka baju ibu luas-luas. Aduuhhh...si ibu punya lah tutup jangan kasi orang nampak. Terutama di tempat awam, susah juga ibu kekadang. 

7. Cakar dan Cubit
Haaa...yang nie lagi lah ibu rasa nak menjerit kuat-kuat. Akibat kuku bayi yang panjang menyebabkan cakaran atau cubitan itu menjadi lebih sakit. Tak padan yang kecil, Tangan sememangnya takkan duduk diam. ;)

Uniknya kelebihan menyusu badan. Pasti ibu tersenyum bila mengingatkannya bukan? Yang pasti hanya ibu dan bayi dapat merasainya. Selain kelebihan menyusukan bayi untuk mendapat khasiat yang sepatutnya, ada banyak perkara yang membuatkannya sebagai memori indah dan tersangat unik!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: