>

Monday, May 29, 2017

Resepi Berpantang Dan Menambah Susu Badan

Kebiasaan ibu-ibu selepas bersalin risau akan ketiadaan susu untuk bayi. Makanan apa yang perlu diambil bagi menambah pengeluran susu badan? Sebab berpantang banyak benda yang tidak boleh diambil. Bagi sesetengahnya berangapan sebegitu, tapi sebenarnya tiada istilah berpantang yang terlalu extream sehingga ibu kurang mengambil makanan berkhasiat. Dan punca itu menyebabkan susu tidak terhasil dengan baik.

ok, hari nie saya nak kongsikan beberapa resepi untuk berpantang dan boleh menambahkan susu badan. Selamat Mencuba! 

Daging Bakar Black Pepper

Bahan-bahan :

  • Beberapa hirisan daging batang pinang untuk di bakar
  • 3 biji bawang putih yang dihiris nipis/ditumbuk
  • Beberapa hirisan halia
  • Lada hitam/black peper yang ditumbuk hingga halus
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak:


  • Basuh daging sebersihnya.
  • Campurkan bawang putih, halia, garam dan lada hitam dan gaulkan rata.
  • Lumur/sapu campuran tadi pada keseluruhan daging sehingga rata.
  • Bakar daging dalam ketuhar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau anda boleh bakar atas dapur masak biasa pun boleh.
  • Selepas siap dibakar dan daging black pepper tersebut masak, bolehlah di makan bersama dengan nasi putih panas-panas.
Ikan Tenggiri Steam

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri
  • Hirisan bawang putih
  • Hirisan halia
  • Perahan limau nipis
  • lada besar
Cara Memasak:

  • Stimkan ikan tenggiri bersama hirisan bawang putih, halia, lada besar dan sedikit garam. Setelah masak perahkan air limau nipis.
  • Siap dimakan bersama nasi panas.
Sambal Tok-Tok

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Lada hitam
Cara Memasak:
  • Goreng layur tanpa minyak kesemua bahan tersebut, kemudian tumbuk campur sedikit garam
  • Sedia dimakan bersama nasi panas.
Sup Lobak Putih

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Lobak putih
  • Lada hitam
  • Bawang besar
Cara Memasak:

  • Tumis bawang putih dan lada hitam
  • Tambahkan air sehingga mendidih.
  • Masukkan lobak putih yang telah dipotong
  • Setelah hampir masak, masukkan hirisan bawang besar dan sedikit garam.
  • Siap dimasak, makan bersama nasi panas-panas.
Kerabu Pegaga Ikan Bilis

Bahan-bahan:
  • Pegaga
  • Ikan bilis
  • Lada Hitam
  • Sedikit santan
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam
Cara Memasak:

  • Lada hitam, halia dan kunyit ditumbuk
  • Renehkan sedikit santan dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
  • Agak kering, masukkan ikan bilis dan pegaga. Gaul sebati bersama garam.
  • Siap dimakan bersama nasi panas-panas.
Ayam Panggang

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Kunyit hidup
  • Lengkuas
  • Halia
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Sedikit air
Cara memasak:

  • Lumur ayam dengan hirisan bawang, halia, lengkuas yang telah ditumbuk serta garam.
  • Panggang ayam tersebut.
  • Untuk kuah, tumis bawang merah, bawang putih, jintan manis, jintan putih yang telah ditumbuk. Kemudian masukkan air asam jawa. Tambahkan sedikit air untuk jadikannya berkuah.
  • Siap dimasak dan sedia dimakan bersama hidangan nasi panas.
Air Milk Booster

Bahan-bahan:
  • Susu Segar
  • ESP Soy Protien
  • Mealshakes
  • Oat
Cara bancuh:
  • Campurkan 3sudu ESP, 1 sudu Mealshakes, 2 sudu Oat, 1 cawan susu segar ke dalam blender. 
  • Blendkan campuran tersebut. Jika pekat boleh tambah sedikit air. 
  • Kemudian sedia diminum untuk waktu sarapan, minum petang atau pun minum malam. 
Selamat mencuba untuk ibu-ibu semua. Sedap sungguh bila tengok resepi tu semua. Kalu tak berpantang pun masih boleh untuk mengamalkannya. Bantu juga para ibu cepat turunkan berat badan, betul tak? ;)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: