>

Friday, May 5, 2017

Makanan Untuk Bayi Baru Lahir Sehingga 6 Bulan

Adakah bayi saya perlukan lebih daripada susu?


Tidak. Bayi anda tidak perlukan makanan lain selain susu sehinggalah usianya enam bulan. Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusu badan secara eksklusif sehingga bayi anda berusia enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak dapat memberikan nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, jadi makanan lain diperlukan. 



Jika bayi anda minum susu formula, pilihlah susu awal atau susu formula untuk bayi yang berasaskan susu lembu untuk enam bulan pertama ini. Kecuali jika doktor anda menasihatkan sebaliknya. 

Mengapa perlu menunggu enam bulan sebelum memberi makanan lain?

Lebih selamat bagi bayi jika anda menunggu sehingga usianya enam bulan sebelum memberinya makanan pejal. Setelah dia berumur enam bulan, anda dapat mengurangkan risiko bayi anda:

  • menerima jangkitan melalui makanan kerana sistem penghadamannya ketika ini lebih matang;
  • mengalami reaksi alahan terhadap makanan kerana sistem pertahanan badannya (sistem imun) lebih kuat.

Jika anda rasa bayi anda sudah bersedia untuk mengambil makanan pejal lebih awal daripada enam bulan, lebih baik jika anda memberinya lebih banyak susu. Jika anda memberinya susu formula, tanyalah doktor jika beliau boleh menyarankan jenama atau jenis formula yang lain.


Jika anda mengambil keputusan untuk memperkenalkan makanan pejal kepadanya di antara usia empat hingga enam bulan, jangan berikan makanan yang berkemungkinan memberikan reaksi alahan. Makanan seperti ini termasuklah:

  • susu lembu dan produk tenusu;
  • apa-apa makanan yang mengandungi gluten (protein dalam bijirin seperti gandum, barli dan rai;
  • buah-buahan sitrus dan jusnya;
  • ikan dan kerang-kerangan;
  • telur.

Berbincanglah dengan doktor atau pakar kanak-kanak sekiranya anda perlukan nasihat mengenai perkara ini. Ini adalah penting terutamanya jika anak anda dilahirkan pramatang kerana dia perlu bercerai susu pada masa yang berbeza daripada bayi yang cukup bulan.

Untuk para ibu yang ingin mengatasi susu merundum, boleh dapatkan Set Menyusu Shaklee yang sentiasa menjadi pilihan para ibu pada masa kini. Kerana ia sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan. Anda boleh ikuti Testimoni Ibu Menyusu yang telah mengamalkan Set Menyusu Shaklee ini.


Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior


No comments: