>

Monday, May 15, 2017

Kenapa Perlu Kosongkan Payudara Untuk Menyusu?

Masalah susu semakin merudum adalah perkara biasa berlaku dalam kalangan ibu menyusu bayi dengan susu ibu. Ada banyak faktor menyebabkan kuantiti susu ibu semakin menurun.
Disebabkan hal tersebut, ibu menyusu sibuk mencuba pelbagai suplemen yang terdapat di pasaran dengan dakwaan kononnya mampu meningkatkan kembali susu ibu.
Mungkin ada yang berjaya mencapai misi membanyakkan kembali susu ibu selepas makan suplemen tersebut namun ramai juga yang telah mencuba pelbagai suplemen ‘milkbooster’ tetapi tidak berjaya. Kenapa ya?
Kadang kala kebanyakan ibu menyusu terlupa dengan perkara paling asas yang penting untuk membanyakkan susu ibu. Tip tersebut sangat mudah dan boleh dilakukan tanpa mengeluarkan walau sesen duit pun.
Ibu menyusu perlu kerap kosongkan payudara! Macam mana nak kosongkan payudara? Tentu ada yang bertanyakan hal tersebut. Sebelum itu kita perlu ingat kembali formula penting penyusuan. Lebih banyak permintaan lebih banyak pengeluaran.
Inilah jawapannya kenapa ibu menyusu perlu kosongkan payudara.
1. Maksudnya lagi kerap menyusukan bayi dan mengepam susu maka lagi banyak susu terhasil. Dengan kata lain apabila bayi kerap menyusu dan ibu kerap mengepam susu maka payudara ibu cepat menjadi kosong.
2. Jangan bimbang kalau orang kata makin kerap kita perah susu, nanti susu akan menjadi kering. Kenyataan tersebut salah sama sekali. Bahkan sebenarnya dengan kerap mengepam susu iaitu setiap dua atau tiga jam sekali sehari, kita membantu penghasilan susu dalam payudara.
3. Ini kerana apabila payudara diperah sehingga susu habis dan payudara kosong, maka selepas itu payudara akan penuh semula dengan penghasilan susu. Sebaliknya kalau payudara anda tidak betul-betul dikosongkan (masih ada lagi baki susu), maka lambatlah susu akan penuh semula.
4. Jadi, selepas ini ibu-ibu perlu rajin mengepam/memerah payudara selepas menyusukan bayi bagi memastikan payudara betul-betul kosong. Bila sudah kosong, baharulah payudara akan diisi semula dengan susu.
Ingat formula penting ini, lagi kerap kita kosongkan payudara, lagi banyak susu akan terhasil. Jadi, selepas ini ibu-ibu perlu faham kenapa kita kena rajin perah atau pam susu sekerap yang mungkin. Semuanya untuk mendapatkan hasil susu yang lebih banyak!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: