>

Tuesday, May 9, 2017

Hidangan Berkhasiat Untuk Si Manja Yang Sedang Membesar

Nasi Bakar Ayam Berkeju
3 cawan nasi masak
1 cawan (260g) dada ayam dibuang kulit, tidak bertulang dan di potong dadu
1 cawan lobak merah dipotong dadu
1/2 cawan kacang pea
1/2 cawan daun saderi, dihiris nipis
1/2 cawan cendawan butang, dihiris
1 cawan stok ayam direbus sendiri
1 cawan susu
1/3 cawan tepung jagung
2 sudu besar mentega
1/3 cawan bawang besar dicincang
Garam & lada sulah secukup rasa
1/2 cawan parutan keju
Untuk hiasa : parsli, tomato ceri, cendawan butang & kacang pea

Cara Memasak :

  1. Panaskan ketuhar 220c
  2. Lapiskan nasi ke dalam magkuk pembakar, ketepikan
  3. Di dalam periuk, campurkan ayam, lobak merah, kacang pea, saderi dan cendawan butang. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit air untuk dimasak dengan api yang perlahan selama 15 minit. Alihkan daripada api dan ratakan ke atas nasi tadi.
  4. Panaskan periuk dengan api yang sederhana, tumis bawang bersama mentega sehingga lembut. Masukkan tepung jagung, garam dan sedikit lada sulah. Masukkan stok ayam dan susu perlahan-lahan. Panaskan di atas api sederhana sehingga sos menjadi pekat. Angkat dan tuangkan ke atas campuran ayam dalam magkuk pembakar. Taburkan parutan keju di atasnya.
  5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 30 minit atau sehingga berwarna perang keemasan dan intinya menggelembung. Sejukkan selama 10 minit sebelum dihidang.
  6. Hiaskan hidangan dengan parsli untuk bulu mata, setengah biji tomato ceri untuk mata, hirisan cendawan untuk hidung dan kacang pea untuk mulut.

Pisang Bersalut Coklat
6 biji pisang berangan, kecil
6 batang lidi satay / pemegang aiskrim
100g coklat bar campuran
4 sudu besar buah badam cincang.

Cara Memasak :

  1. Cucukan batang lidi / batang aiskrim pada pisang yang telah dikupaskan kulitnya. Bekukan di dalam peti ais selama 2 jam.
  2. Sementara itu, gorang badam tadi tanpa minyak di atas api yang perlahan sehingga ranggup dan wangi. Angkat dan ketepikan
  3. Potong bar coklat kepada kepinggan kecil, panaskan di dalam mangkuk tahan panas di dalam kuali dengan 1/3 penuh air panas dan masak sehingga coklat cair.
  4. Salutkan pisang yang telah dibekukan dengan coklat cair sama rata. Kemudian salutkan dengan buah badam tadi
  5. Masukkan semula pisang yang bersalut coklat ke dalam peti ais dan sejuk bekukan sehingga coklat beku/ keras.
  6. Hidangkan sebagai snek berkhasiat

Kocak Pisang dan Mangga
1 biji pisang masak bersaiz sederhana, dikupas kulit dan dihiris
2 biji mangga masak saiz sederhana, dikupas kulit dan dipotong kuib.
2 botol (250ml) susu kultur/ susu segar
1 cawan susu soya/ yogurt plain
4 sudu besar ais krim vanilla

Cara Memasak:

  1. Tuangkan susu soya, susu kultur dan tambhakna pisang dan mangga ke dalam pengisar. Kisar sehingga lembut berkrim.
  2. Hidangkan dalam gelas sejuk dan tambahkan satu sudu besar ais krim vanilla dan hiaskan dengan hirisan buah mangga tadi
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: