>

Saturday, May 27, 2017

Beberapa Sebab Utama Menyusukan Bayi Secara Ekslusif Dan Sehingga 2 Tahun

Ramai dikalangan ibu-ibu yang baru melahirkan bayi, ingin menyusukan bayi secara ekslusif sehingga 6 bulan. Tetapi ada juga yang 'tewas' dipertengahan jalan kerana tiada sokongan dan kurang mengetahui akan kebaikan menysukan bayi ini.

Kali nie saya ingin kongsikan kepada para ibu beberapa sebab utama mengapa para ibu perlu menyusukan bayi secara ekslusif sehingga 6 bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun.

1. Antibodi
Bayi yang diberikan susu ibu mempunyai antibodi yang lebih tinggi bagi melawan menyakit. Ini kerana kandungan susu ibu yang kaya dengan kolestrum pada peringkat awal kelahiran di mana kolestrum ini mempunyai komposisi antibodi badan yang kuat yang mampu membantu bayi yang baru lahir dari diserang sakit di awal kelahiran contohnya seperti alahan, jangkitan usus dan sebagainya. Antibodi terus di salurkan kepada bayi selagi bayi tersebut terus disusui dengan susu ibu.

Berbeza dengan bayi susu formula, mereka tidak memperoleh human-antibody kerana susu fomula tidak menyediakan prebiotic origin seperti yang terkandung dalam susu ibu.
2. Bonding
Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk ibu dan bayi. Kerana dengan menyusukan terciptalah hubungan dan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.

3. Mudah Untuk Travel
Siapa sangka, dengan menyusui bayi dengan susu badan sendiri memang amat memudahkan terutama diwaktu travel. Ibu tidak perlu membawa bekalan susu formula, botol-botol susu, termos air panas, air kosong, bakul barang susu dan sebagainya. Kerana susu badan adalah ready-made! Kurang sikit berat beg yang perlu dibawa. 

4. Mempercepatkan Pengecutan Rahim
Bagi ibu-ibu yang selepas bersalin, menyusukan bayi adalah lebih baik kerana ia membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat. Rahim yang cepat kecut/kembali asal menunjukkan tahap baik pulih keadaan rahim tersebut selepas melahirkan. Jadikan lah menyusukan bayi itu pilihan untuk ibu-ibu lebih cepat sihat. 

5. Mudah Kurus!
Ha...bab nie yang paling para ibu suka dengarkan. Betul...menyusukan bayi boleh buatkan berat badan para ibu turun dengan cepat, dan badan kembali lansing seperti sebelum bersalin. Tidak perlu work-out, pergi gym dan sebagainya. Hanya relax menikmati saat menyusui dan anda telah bakar kalori dengan mudah begitu sahaja! Mengikut kajian hampir 300 hingga 500 kalori badan terbakar setiap hari penyusuan.

6. Tahap Bersihnya Terjamin
Dengan susu ibu anda tidak perlu risau akan pencemaran kerana susu ibu tidak terdedah pada persekitaran. Ianya keluar dan terus ke mulut bayi anda ketika anda direct-feeding. Tiada kebimbangan lagi. Malah tiada permasalahan sekiranya bayi menyusu tanpa puting ibu dibasuh terlebih dahulu.
7. Lebih JIMAT
Siapa yang tidak suka dengan perkataan ‘JIMAT’ bukan? Susu ibu memang menjimatkan ekonomi rumah tangga. Tidak perlu setiap bulan membeli a bundle of formula milk dan seanteronya. Bagi ibu bekerjaya yang ingin menyusukan walaupun anda sibuk bekerja pelaburan hanya sekali sahaja untuk membeli breast-pumb dan kelengkapan penyedian EBM. Tetapi pulangannya lagi menguntungkan untuk ibu dan bayi dari segi kesihatan dalam jangka masa panjang.

8. Cukup Tidur
Dengan susu ibu, ibu boleh rehat dan rasa tenang terutamanya ketika direct-feeding. Kadang-kadang boleh tertidur sekali semasa menyusu. Ibu tidak perlu bangun dari tempat tidur untuk menyediakan susu formula. Kerana susu ibu tersedia di dada ibu dan ianya fresh dari kilang susu.

9. Mengurangkan Risiko Kanser
Tahu tak ibu ibu bahawa dengan penyusu bayi ianya dapat mengurangkan risiko kanser payudara? Ya, ianya memang terbukti dengan kajian sains bahawasanya dengan menyusu ianya membantu mengurangkan hormon yang berkaitan dengan kanser, memusnahkan sel-sel di dalam payudara anda yang mungkin mempunyai kerosakan DNA.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: