>

Wednesday, May 17, 2017

7 Tips Mengawal Rasa Lapar Bagi Ibu Yang Menyusu.

Sememangnya hampir semua ibu akan merasa lapar bila menyusukan bayi, Tahukah anda kenapa ia terjadi? Kerana ibu yang menyusu akan membakar lebih kurang 500 kalori sehari. Jika para ibu yang tidak mengambil kalori yang cukup, makan yang teratur, akan mudah berasa cepat lapar

Bagaimana para ibu ingin mengatasi masalah ini? Jom saya kongsikan beberapa tips untuk panduan para ibu.
  1. Makan untuk dua orang - buang tanggapan bahawa ibu menyusu perlu makan untuk dua orang. Sebaliknya, kenalpasti keinginan makan dengan baik dan ingat, metabolisma ibu adalah sangat efisyen dalam tempoh menyusukan anak.
  2. Minum air secukupnya bila rasa dahaga - Amalkan minum air sebelum dan selepas menyusukan. Anggaran keperluan air adalah 2.5-3 liter sehari, bergantung kepada tahap aktiviti harian ibu. Kekurangan air akan memberi isyarat 'lapar' kepada otak.
  3. Elakkan minum air berkafein dan berais - Air kosong atau jus buahan adalah lebih baik. Minuman seperti kopi, teh dan bikarbonat akan menyebabkan badan cepat letih.
  4. Jangan tinggalkan waktu makan - Kebanyakan ibu akan terlepas waktu makan bila sibuk dengan aktiviti harian. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam yang diselangi dengan snek ringan dapat membantu mengekalkan penghasilan susu Makan dalam amaun yang sedikit tetapi kerap juga membantu.
  5. Tidur dan rehat mencukupi - Ibu yang tidak dapat tidur dan rehat yang mencukupi akan menyebabkan badan letih dan seterusnya meningkatkan keinginan terhadap makanan yang manis-manis. Keadaan ini boleh menyebabkan ibu suka makan benda manis secara berlebihan hingga mengganggu metabolisma dan meningkatkan berat badan.
  6. Gantikan keinginan makan makanan yang kurang sihat - Sekiranya ibu mempunyai keinginan makan yang tinggi terhadap makanan tidak berkhasiat seperti mee segera, pizza, burger, sosej, minuman soda .... gantikan segera dengan snek yang lebih sihat seperti buah-buahan, kekacang, susu kocak dan sebagainya.
  7. Kawal stress - tekanan yang dihadapi samada di rumah atau pejabat juga boleh menyebabkan ibu rasa cepat lapar. Cuba kawal stress anda dengan baik, jangan terbawa-bawa hingga ke meja makan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments: