>

Tuesday, April 25, 2017

Resepi Makanan Bayi Berumur 6 Bulan sehingga 8 bulan


Bagi ibu-ibu yang bayinya sudah memasuki usia 6 bulan ke atas pasti sudah mula memikirkan apakah makanan yang sesuai untuk diberikan kepada bayi anda.

Makanan pelengkap perlu disesuaikan dengan tahap perkembangan bayi anda, dan sewajarnya mengandungi campuran makanan yang membekalkan tenaga nutrien yang secukupnya untuk si manja.

ok, hari nie saya nak kongsikan 2 jenis resepi untuk si manja anda. Sesuai untuk yang berusia dari 6 bulan sehingga 8 bulan.


Resepi Bubur Nasi dengan Tauhu dan Kacang Pis

25g (2 sudu makan) beras, dibasuh bersih
25g (1 sudu makan) tauhu, dicincang
15g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
500ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri

cara memasak:
  1. Masak beras bersama dengan air stok rebusan ayam
  2. Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyek sedikit jika perlu), dan renehkan dengan api yang perlahan selama 5 minit
  3. Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
  4. Sejuk dan lenyekkan sebelum dihidang

Resepi Ikan dengan sayuran

60g (1/4 cawan) kepingan ikan tanpa tulang, dikukus
15g (1 sudu makan) kacang pis, dibuangkan kulit dan dimasak
10g (1 sudu makan) lobak merah, dipotong kecil dan dimasak
15g (1 sudu makan) ubi keledek, dipotong kecil dan dimasak
60ml (4 sudu makan) susu ibu

cara memasak :
  1. Masukkan semua bahan (kecuali susu ibu) ke dalam pengisar makanan dan blend sehingga menjadi puri
  2. Masukkan susu ibu atau stok buatan sendiri dan kacau sebelum dihidang bersama bubur nasi
SELAMAT MENCUBA!

rujukan resepi : Buku masakan pilihan pakar pemakanan


salam sayang,
Farihah 
http://wasap.my/+60192282147

No comments: