>

Wednesday, April 26, 2017

Makanan Pelengkap, Bila Boleh Untuk Memulakannya?

Makanan pelengkap biasanya boleh dimulakan apabila bayi anda sudah berusia 6 bulan. Ini kerana pada usia ini sistem penghadamanya sudah cukup matang untuk menghadamkan makanan pepejal dan separa pepejal yang berlainan jenis. Si manja juga menunjukkan tanda kesediaan untuk menerima makanan pelengkap iaitu selain susu ibu. Anda akan dapati si manja ;
  • Boleh duduk dengan sendikit sokongan atau tanpa sokongan dan dapat mengawal kepalanya.
  • Cepat lapar, meminta susu walaupun selepas diberikan susu ibu atau kerap menyusu.
  • Boleh mengawal lidahnya dengan baik
  • Mula mengunyah atau mengerakkan mulutnya ke atas ke bawah seperti mengunyah
  • Gemar memasukkan benda ke dalam mulutnya
  • Menunjukkan minat kepada makanan yang anda makan, seperti cuba merampas makanan, membuka mulutnya.
Bagaimana untuk memberi Si Manja makan?
Mengetahui cara untuk memulakan pemberian makanan pelengkap adalah penting, kerana anda bukan sahaja dapat memastikan si manja mendapat segala nutrien yang diperlukan, tetapi juga membantu memupuk tabiat makan yang baik sejak kecil.

Sekerap mana anda patut memberi makanan pelengkap?
  • 6-8 bulan : makanan utama 2-3 kali sehari dan pastikan susu ibu diberi 5-6 kali sehari. Makanan snek umunya tidak perlu diberikan, tetapi boleh diberi jika dapat diterima oleh bayi.
  • 9-11 bulan : makanan utama 3-4 kali sehari + 1-2 snek berkhasiat
  • 1-2 tahun : makanan utama 4-5 kali sehari _ 1-2 snek berkhasiat

No comments: