>

Thursday, December 15, 2016

STRETCH MARKS HODOH SEMASA MENGANDUNG? ANDA MUNGKIN TIDAK MELAKUKAN 7 PERKARA INI

Stretch mark semasa hamil sememangnya adalah mimpi ngeri ibu-ibu. Boleh pulih selepas bersalin, tapi ambil masa yang lama dan ada yang terus kekal sampai bila-bila. Alaa sedihnya kannn.


Stretch mark adalah garis-garis halus yang berkembang dan terjadi di kawasan banyak lemak seperti perut, paha, dada dan bahagian bawah perut.  Ianya berlaku mungkin kerana perubahan hormon dan keadaan kulit yang kurang elastik untuk menghadapi penegangan kulit semasa mengandung.

Lazimnya di minggu ke 17, kulit ibu akan rasa sedikit gatal akibat peregangan untuk kandungan membesar. Hodoh, memang hodoh. Tapi sebenarnya ianya boleh di atasi ataupun sekurang-kurangnya diminimakan dengan ikhtiar ibu sendiri.

Bagaimana mengatasi atau mengelakkan stretch mark?

1. Makan dengan sihat
Ambil diet yang seimbang. Selain mengambil protein & kalsium yang lebih untuk tumbesaran bayi, ibu juga perlu mengambil diet yang cukup dengan Vitamin C dan Vitamin E.  Nutrien ini akan membantu penghasilan kolagen untuk kulit lebih elastik, kenyal dan melembapkan kulit Pengambilan buah, cereal, kekacang dan sayur-sayuran sangat penting untuk mengelakkan stretchmark


2. Banyak minum air putih
Pengambilan air yang cukup membantu mengekalkan kelempaban kulit, kulit kekal terhidrat dan mengelakkan kulit kering serta menjadikan keadaan lebih buruk

3. Kekalkan berat badan ideal semasa kehamilan
Pastikan berat badan naik dengan tidak keterlaluan semasa kehamilan. Ini sepatutnya tiada masalah jika anda makan dengan sihat dan bersenam dengan cukup


4. Melakukan senaman ringan
Senaman sangat penting untuk ibu hamil. Elakkan senaman berat, dan lakukan cuma senaman ringan yang sesuai seperti berjalan kaki dan yoga untuk ibu hamil. Kemas rumah pun senaman tau!


5. Sapukan minyak zaitun / krim
Untuk membantu kelembapan kulit, ibu juga boleh menyapu minyak zaitun dan krim yang kaya Vitamin E. Ini membantu kulit untuk meregang dengan baik tanpa menimbulkan stretch mark

 


Herbal blend Shaklee boleh mencegah stretch mark 


6. Masker bahan alami 
Terdapat juga saranan bermasker bahan-bahan semulajadi seperti coklat, jus lemon, kentang & putih telur. Coklat boleh dicairkan dan disapukan di perut. Jus lemon sebaiknya yang diperah tanpa air boleh disapukan di perut. Kentang pula, di potong dan getahnya disapukan di perut ibu. Putih telur yang terkenal sebagai masker wajah juga dikatakan boleh disapu di perut untuk mencegah strectmark. Haaa. nak cuba? siapa rajin boleh cuba ya, saya tak pernah cuba, tak cukup rajin gamaknya.


7. Ambil nutrien yang terbaik & cukup
Pengalaman saya hamil 6 orang anak, saya dapat elakkan sepenuhnya stretchmark setelah mengambil set mengandung Shaklee masa mengandung anak ke 5 dan 6. Bukan nak promote tau, cuma nak share (promote letteww)


Set ini lengkap dengan protein, vitamin dan mineral yang cukup untuk membantu ibu menghadapi stress, bebanan dan tekanan semasa kehamilan dan juga berkesan untuk mengekalkan keadaan kulit dan kecergasan ibu. Yang paling penting, mudah, Telan saja. siap!

Banyak sangat produk dalam set ni kan? Tak banyak, kita ada jadual makan . Kalau rasa terlalu banyak dan tak boleh komit, Boleh ambil 1-3 produk ikut prioriti.

Apa sebenarnya produk Shaklee yang membantu mengatasi Stretchmark ?  haa ni dia :






Oh, satu lagi saya nak pesan, walaupun rupa kulit anda hodoh akibat stretchmark,elakkan melakukan rawatan kecantikan yang berlebihan semasa hamil Seperti rawatan laser dan sebagainya ke atas kulit. Ianya boleh menyebabkan komplikasi dan memburukkan keadaan. Cuba untuk atasi dengan kaedah semulajadi. Sabaq sat. jangan dok pi buat rawatan yang bukan-bukan.


Sebelum stop, saya nak kongsikan testimoni dari pengguna Shaklee, tentang stretchmark semasa mengandung. Jom kita tengok :











Terima kasih untuk masa anda. Jumpa lagi lain kali ya :)

Konsultasi  produk & bisnes Shaklee, hubungi saya ;
❤Farihah | 019 228 2147❤



No comments: