>

Sunday, December 4, 2016

SEMBELIT : MIMPI NGERI IBU BERPANTANG

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sembelit adalah mimpi ngeri ibu-ibu, termasuk saya sendiri. Ianya adalah kebiasaan yang berlaku, bukan pada semua, tapi kepada ramai ibu-ibu.

Kenapa sembelit berlaku?
Perubahan hormon yang mendadak bagi semasa mengandung
Peningkatan hormon progesteron yg banyak di saat kehamilan boleh menyebabkan berlakunya peningkatan relaksasi otot-otot saluran pencernaan sehingga menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekerapan proses membuang air besar menjadi berkurangan.



Perubahan saiz uterus / rahim 
Saiz rahim yang semakin membesar turut menghalang kelancaran proses aliran sisa makanan. Proses kehamilan itu sendiri lazimnya membuatkan si ibu kurang aktif sekaligus menyebabkan proses pencernaan dan penyaluran makanan menjadi kurang lancar. Keaktifan ibu mempengaruhi pergerakan mengecut & mengendur otot-otot.



Kedudukan usus yang berubah sedikit
Lanjutan kehamilan dan proses bersalin memerlukan masa untuk kembali seperti asal. Ini akan mempengaruhi proses pencernaan dan dapat menyebabkan sembelit.

Ketakutan kerana luka
Luka episiotomi (luka pada pembukaan vagina ketika bersalin) yang lambat sembuh seringkali membuat si ibu menjadi takut untuk membuang air besar. Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan pula, ubat bius yang digunakan akan menyebabkan otot usus 'lumpuh' buat seketika dan memerlukan masa untuk kembali aktif. Perasaan takut ini menyebabkan secara tak langsung ibu mengetatkan otot  dan menyebabkan ianya lebih sukar

Lebih memburukkan keadaan lagi, ada ibu-ibu yang tidak langsung ke tandas. Tidak membuang najis akan menyebabkan air didalam usus diserap semula ke dalam darah dan mengurangkan kuantiti air dalam najis. Ini mengganggu kelancaran proses membuang air besar dan memburukkan keadaan.

Pengambilan serat yang tinggi membantu mencegah sembelit


Pil zat besi atau ubat antidepresi, boleh menyebabkan sembelit

Bagaimana sembelit boleh dielakkan atau diatasi?
# Makan dengan teratur, banyakkan serat & cecair. 
# Elakkan daripada hanya duduk tanpa bergerak atau berjalan-jalan
# Apabila rasa hendak membuang, terus ke tandas, jangan bertangguh

# Gunakan tandas duduk, Letakkan bangku kecil, pijak dengan jari-jari kaki seperti mengjengkit,  tinggikan kaki anda agar bahagian lutut lebih tinggi dari punggung. Luruskan belakang dan letakkan siku atas lutut. Posisi mirip mencangkung ini memudahkan pergerakan usus
# Jika perasaan takut masih ada, gunakan tuala wanita yang dilipat dua dgn jari untuk menekan bahagian perinuem semasa membuang air besar.
Kedudukan perinuem


# Semasa di atas tandas, urut perut dengan menolak dan menarik otot perut dengan tapak tangan atau 4 jari.
# Berjumpalah doktor jika keadaan semakin teruk dan anda tidak dapat mengatasinya lagi.

Bagaimana Shaklee dapat membantu anda?



Shaklee Ostematrix memberikan jumlah penyerapan kalsium yang optimum dengan bantuan Vitamin D & Magnesium. Kalsium yang cukup membantu otot-otot usus menjalankan peristalsis (mengecut dan mengendur) dengan sempurna
Shaklee Mealshakes multivitamin perisa Vanilla yang hebat. Kaya dengan serat untuk membantu perjalanan makanan tercerna di dalam usus. Juga mengandungi kalsium.



Hubungi kami untuk konsultasi lanjut.

Kredit : babycenter

Thanks for reading!

Salam hormat dari SID kesayangan anda :)
Master Farihah | 019 228 2147

No comments: