>

Wednesday, December 7, 2016

MAKAN GAJI vs MAKAN SHAKLEE


Malam tadi kami di Surijunior hidangkan cerita impian yang direalisasi oleh insan berjiwa besar iaitu Master Firdhaus. Sharing Master Firdhaus menyentuh jiwa saya kerana kami bermula dengan Shaklee pada masa yang hampir.


Sebenarnya bisnes Shaklee Master Firdhaus dimulakan oleh isteri tersayangnya, Master Iffah Anuar. Master Firdhaus masih lagi bekerja makan gaji pada masa itu.

Pasangan sejoli :)


Mereka mula tahun 2010. Saya mula 2011. Masa kami bermula, dia belum capai rank tertinggi iaitu Master Coordinator,  saya pun belum capai Master. Kami bermula  dengan serba kekurangan tapi bezanya, kami cuma fokus kepada kelebihan yang kami ada.

Tekanan demi tekanan di tempat kerja menolak Master Firdhaus untuk join isteri tersayangnya berbisnes  Shaklee. Mari kita selami perkongsian Master Firdhaus yang saya ringkaskan: 

================

Saya mulakan online business sejak tahun 2008, sebelum mula kerja engineer. Saya targer untuk kerja dari rumah. Kerja sebagai Forumer dengan orang Luar. Hari-hari pi cybercafe buat kerja online. Saya dapat hasilkan income USD 200- 300 sebulan pada masa tu. Alhamdulillah. 
Bila saya start kerja makan gaji dengan sebuah syarikat oil and gas tersohor di Malaysia, masalah mula timbul. Saya terikat dengan masa kerja, kerja lebih masa dan sebagainya. Masa tu saya dan isteri jual breastpump online. Jual breastpump ok cuma modal besar dan komitmen warranty menyebabkan saya susah nak fokus. 

Saya teruskan makan gaji. Saya ada impian, kita semua ada impian. Tapi bila kerja makan gaji, kita bantu mencapai impian orang lain, iaitu impian bos. Hanya dengan bekerja sendiri, kita dapat mencapai impian kita sendiri.

Kesesakan trafik setiap hari, Timbunan kerja,kerja lebih masa sehingga jam 1-2pagi sebenarnya mematikan motivasi saya. Saya stress dan jiwa saya memberontak apatah lagi apabila saya rasa saya kerja sangat teruk tapi boss kata itu belum cukup.

Banyak masa keluarga yang terabai. Dan banyak hati-hati yang terguris terutamanya isteri tersayang 



Master Iffah isteri saya sudah mula dengan Shaklee. Saya semakin berminat untuk mengetahui plan bisnes Shaklee dan keterbukaan saya memuncak apabila bonus Shaklee dia menyamai gaji saya kerja makan gaji selama setahun. Setahun! 

Bagus bisnes ni, dari rumah, flexible dan lumayan. 

Anakanda Faheem tak lagi bertanya bila Abah nak balik? :)


Saya mula kaji tentang bisnes Shaklee dan ada 6 perkara yang meyakinkan saya dengan bisnes ini dan menyebabkan tekad saya bulat untuk menjadi Work-At-Home-Dad

1. Produk Shaklee adalah berdasarkan suplemen semulajadi. Ianya berkaitan dengan orang sakit nak Sihat dan orang Sihat nak terus Sihat. Kesihatan ni penting dan tidak pernah akan terkebelakang dalam dunia kita.

2. Produk Shaklee cover seluruh keluarga. Dari baby hinggalah nenek.Ia memberi market range yang sangat besar

3. Shaklee Tiada iklan yang banyak. Shaklee bagi hak eksklusif untuk semua distributor untuk pemasaran dan lebih mudah jika kita ada testimoni sendiri

4. Sokongan daripada team & upline. Sokongan hebat dari network berkongsi ilmu dan kemahiran menyebabkan saya rasa mudah untuk memulakan dan meneruskan.  Orang berkongsi ilmu pemasaran dengan saya dan saya rasa kenapa saya tidak mulakannya dengan bersungguh-sungguh? Rugi sangat

Saya pun akui kehebatan networking business, jika kita di group yang betul, sokongan yang kita dapat, memang melimpah ruah. Ni masa Master Celebration kami, mai dan Abah Shaklee hadir beri sokongan. Masa ni Master Firdhaus gemuk!  Tengok gambar bawah Dah kurus akibat ShakleeEffect. Haaa 👍👍


5. Kualiti produk. Shaklee memiliki produk yang kualitinya tidak boleh diragui.Produk dengan Patent  pada Vivix, Nutriferon, Telomere study pada Vivix, Landmark study pada pihak ketiga. Ini semua HANYA ADA PADA SHAKLEE. Brand lain tak ada. 

6. Shaklee boleh diwariskan. Kita bina sekarang, dan wariskan pada anak-anak nanti. Jika saya seorang engineer, anak saya tak boleh warisi pekerjaan engineer saya. Jika kita seorang boss pun, title boss tersebut adalah mustahil diperturunkan kepada anak kita. Tapi dengan bisnes Shaklee, ianya berbeza kerana bisnes  ini boleh diwarisi. Bina base yang kuat dan wariskan kepada anak-anak kita

Master Firdhaus, Master Iffah dan Anakanda Faheem,  pewaris Legasi Shaklee ❤

Inilah 6 sebab besar kenapa Shaklee menjadi pilihan saya dan sebenarnya kejayaan ini ditolak oleh satu lagi faktor yang sangat besar. Isteri saya pesakit SLE. Dengan izin Allah dan bantuan Shaklee, beliau sudah sembuh dan kami dikurniakan anak kedua baru-baru ini alhamdulillah.

Dulu, sakit dia sangat menyiksakan dan semua kerja bisnes ini memerlukan ketahanan dan usaha yang tinggi. Sampai satu tahap, peluangnya untuk hidup hanya tinggal 10%. Sebagai seorang suami, ini menolak saya untuk berubah dan bekerja kuat untuk keluarga

Mak Shaklee saya yang sentiasa menolak saya untuk berusaha dari kisah inspirasinya ❤

Jika saya tidak kuat bekerja, mungkin impian kami tidak tercapai semasa kami masih bersama di dunia ini. Sakit dia, penderitaan dia, kesukaran dia menghadapi SLE adalah hikmah besar yang menyebabkan kami menikmati kejayaan seperti hari ini. Itulah yang saya selalu istilahkan sebagai "The Power of Love". Demi cinta, apa sahaja kita akan usahakan.

Vivix yang merubah tahap kesihatan Master Iffah, SLE Fighter 

Kini kami telah kecapi kesihatan, kebahagian, kekayaan dan kebebasan masa bersama Shaklee. Kesyukuran ini adalah penerus untuk kami berkongsi dan membantu lebih ramai yang ingin membantu diri mereka"

Puteri baru anugerah Allah untuk mereka setelah Master Iffah sembuh dan Sihat dari SLE

==============
Itulah simpulan dari perkongsian Master Firdhaus. Semua kejayaan adalah tidak pernah mustahil untuk kita kecapi dengan usaha dan kesungguhan. 

Sharing ni tak lah sama dengan Sharing live di group coaching kami. Sangat menyentuh hati jika anda join sharing keseluruhannya. Itulah istimewanya berada bersama upline dan online yang gemar dan Ikhlas berkongsi. alhamdulillah :)








Anda yang ingin merubah kehidupan bersama Shaklee, masanya tidak pernah terlambat untuk memulakannya sekarang. 

Terima kasih untuk luangan masa membaca

Salam hormat dari SID kesayangan anda
❤ Master Farihah  | 019 228 2147 ❤

No comments: