>

Sunday, December 11, 2016

BERHENTI MEROKOK, SAYA JIMAT HAMPIR RM1,000 SEBULAN. TERIMA KASIH SHAKLEE !



Kisah benar ini pada saya sangat mengujakan. Bukan mudah membuang tabiat puluhan tahun merokok. Menghadapi nafsu sendiri, dan menghadapi kawan yang sentiasa tidak setuju dan terus mempengaruhi.


Saya nak kongsikan kisah Adik Amirul. Amirul ni leader Shaklee di Surijunior. Join Shaklee sebab Shaklee telah bantu dia bebas dari rokok. Bebas! Bebas sepenuhnya. Bagaimana? Jom kita baca :)


================
Nama saya mohd amirul azeyady bin ramzi, berasal dari seremban negeri sembilan dan masih bekerja dengan MAS. Tahun ni Alhamdulilah, masih kekal sweet 27 haa...

Masih segar dalam ingatan, saya berkecimpung sebagai perokok tegar, masa baru masuk form 1. Jiran saya merangkap kawan baik yang mengajak saya. Sebab dia lah buat jahat same-same buat 'baik' pun same, tapi kawen sorang2. 

Biasalah budak lelaki, konon nak lain dari orang lain, tu yang nak tunjuk ' pandai', pegi lah try hisap rokok, tapi masa tu tak sedut pun, main kemam2 dalam mulut je pasal tak sedap pun rokok ni weh!!



Masa sekolah biasa saya masih tak bergiat aktif dalam bidang merokok ni sangat, tapi once masuk teknik, duduk asrama, itu jam tocang sudah naik lah, kawan- kawan segala mcam peel ada, masa tu baru lah saya boleh jadi kira pangkat rookie lah bab merokok ni

Lepas tu, masa belajar dekat Miri, saya memang penjual rokok kat asrama tu, kira memang kenal lah muka ni memang muka pusher , masyuk jangn cakap lah, sepanjang saya kat sana, tak de mintak duit kat family, siap boleh jalan2 sabah pakai duit jual rokok. Lagi-lagi badan memang kecik, so memang ketua organisasi la bab fly asrama belikan senior rokok , hahaha


Saya ni anak shaklee Master Fahana, sebenar nye sebab berhenti merokok ni lah saya masuk shaklee. Saya follow die dari die jual kerepek, sampai jual shaklee, then die ade share pasal vivix boleh buat berhenti merokok, macam berminat, tapi buat tak tau je mula2. Dipendekkan cerita,setelah fikir masak-masak, saya pun beli la Vivix dari Master Fahana.

Korang kalau nak tau, saya ni dulu sangat2 lah kurusssss. Memang keding dulu, macam2 name ade, tom kurus, cikeding, papan. Kalau ade roadblock polis kerjasama AADK tu, tak yah suruh, saya sendiri berhenti tepi. Memang dah tau kene urine punye, bayang kan sampai umur 24 25, berat tak lebih 46kg.

Kurus kering betul Amirul macam jenazah dia kata 

Saya mule makan vivix january 2015, tapi effect die bukan lah terus langsung tak nak merokok. Benda first jadi kat saya esok nye macam berkahak sikit lah, badan terkejut agak nye, apehal tetibe bende sihat masuk badan. Then lama2 bile saya terus kan vivix ni, saya rasa rokok marlboro saya yang selama ni lemak berkrim, jadi kelat. ok saya tukar, isap menthol pulak.

Saya tanye lah kat kak ana, ape nak lepas abis vivix ni?? Rokok kelat tapi ketagih masih ada. Tapi saya tahan, sebab isap pun tak gune, tak sedap macam dulu. Kak ana, suggest kan saya DTX Complex.


Mase ambik DTX Complex tu yang jiwa kacau jadi nye. Muka sikit punye jambu, tetibe jerawat naik sane sini, ketiak tak pernah berbau, asal berpeluh je, ya Allah, biar lah aku sorang je yang bau 😂😂 Effect detox sangat hebat. Toksin keluar untuk tubuh dibersihkan.

Alhamdulilah sangat2 bile masuk tahun ni, dah dekat nak 2 tahun saya resign jadi penagih tembakau. Jerawat ikut kecut sebab lepas tu saya ambik vita c pulak. So tu lah detik2 saya mule sayang kat shaklee ni. 

Sebelum dan selepas berhenti merokok. Hensem dah kannn

Sebab banyakkkkkk saya dah jimat sangat2. Saya perokok yang memang tahap tegar puaka. Sehari memang sekotak setengah wajib. Bayang kan sekarang marlboro sekotak 17 ringgit rase nye :


(17  8.50) x 30 = RM765 saya dah jimat sebulan

Nak berhenti merokok, hati kena cekal. Kawan2 pulak sengaja main hembus kat kite. Nak dilempang, kawan. Tak dilempang, makin menjadi2. haaa

Nasihat saya pada anda yang bertekad nak berhenti merokok :
1. Minum banyak air putih / air masak
2. Sediakan gula-gula untuk gantian rokok terutama lepas makan 
3. Alihkan tumpuan atau sibuklah diri semasa dalam tandas dan selepas makan. sebab ini 2 waktu yang sangat sesuai untuk merokok. Kalau boleh stop 2 waktu ni, insyaAllah anda akan berjaya
4. Kurangkan aktiviti luar / berhenti melepak dengan kawan-kawan dulu
5. Kerapkan mandi 
6. Konsisten untuk ambil Vivix 2 sudu sehari dan DTX Complex 4 biji sehari.

Merokok ni bukan sahaja merugikan malah, ianya haram kerana kita sengaja membinasakan tubuh.


============
Itulah luahan dan cerita daripada Amirul yang telah berjaya berhenti merokok. Alhamdulillah . Saya tahu bukan mudah tapi ianya tidak pernah mustahil jika ada kemahuan. Amirul sekarang sudah pun juga berjaya membantu rakan-rakannya untuk berhenti merokok.

Dan ini adalah asbab yang menyebabkan Amirul terlalu sayangkan Shaklee dan merasakan kehebatan produk Shaklee perlu dihebahkan. Tanpa berlengah, Amirul menjadikan perkongsian Shaklee sebagai sesuatu yang serius yang bisnes Shaklee kini adalah side incomenya.

Amirul telah berjaya mendapatkan 4 angka income bulanan dan telah bergelar Senior Supervisor. Alhamdulillah. Badan sihat, duit jimat, income pulak bertambah-tambah !

Anda yang ingin berhenti merokok atau membantu orang tersayang berhenti merokok, boleh hubungi Amirul, dapatkan guidance dan bantuan beliau yang sudah berjaya . Hubungi Amirul di 019 2255593



Terima kasih meluangkan masa. Salam hormat dari SID kesayangan anda 💝

Konspirasi produk dan bisnes Shaklee, hubungi :

❤ Master Farihah | 019 228 2147 ❤


No comments: