>

Saturday, August 27, 2016

11 Tips penjagaan luka pesakit diabetes

Assalamualaikum & Salam sejahtera !



Seorang jiran saya, kakinya dipotong paras lutut akibat diabetes. Ianya bermula dengan luka di hujung jari kaki sebesar hujung kuku sahaja. Seorang makcik yang saya kenal, ibu jari kakinya dibuang kerana luka yang sedikit akibat cucunya jatuhkan kayu ke atas kakinya. Seorang saudara dekat juga, kaki dipotong aras betis kerana luka di ibu jari kaki yang sangat sedikit.

Luka adalah pengalaman ngeri pesakit diabetes. Bermula kecil, akhirnya boleh menjadi tersangat parah sehingga boleh mengakibatkan kehilangan anggota tubuh.

Ayah saya juga penghidap diabetes.Saya nak kongsikan tips penjagaan luka pesakit diabetes. Jika anda juga memiliki ibu dan ayah penghidap diabetes, atau jiran atau sesiapa sahaja, boleh sampaikan. Ramai sekarang ni. 1 daripada 5 rakyat Malaysia adalah penghidap kencing manis.

Apakah tips penjagaan luka pesakit diabetes?

1. Jangan ambil mudah walaupun ianya luka yang terlalu kecil. Untuk mereka, ianya boleh merebak dengan cepat sehingga mengakibatkan kehilangan anggota. Pergilah berjumpa dengan doktor awal. 






2. Yang belum mengalami luka, sebagai langkah pencegahan, rendam kaki dalam cecair Basic H selang beberapa hari sekali. Untuk membersihkan kaki dan mematikan kuman. 2 titik Basic H, kemudian dicampurkan dengan setengah besen air. Rendam kaki selama 5-6 minit sudah memadai.  


Basic H, cecair 1001 kegunaan. Hanya dari Shaklee :)

3. Kaki adalah organ yang kerap terdedah kepada luka. Tambahan pula, bagi pesakit diabetes, deria rasa mereka sangat lemah. Kadang-kadang, tercucuk duri pun tak sedar. Guna kasut atau sandal yang sesuai. yang mempunyai pengudaraan yang baik.   

4. Selalu perhatikan kaki takut-takut ada calar atau luka kecil, calar, bisul atau apa-apa jangkitan. Cuci setiap hari, keringkan. Berikan perhatian kepada celahan jari-jari kaki.

5. Gunakan pelembap / losyen ke atas kaki. 

Ini Herbal Blend. Krim tanpa bahan kimia. Sangat selamat dan baik digunakan. Ayah saya gunakan krim ini untuk kakinya, kulit mengelupas dan keras kian membaik. Bukan itu sahaja, krim ni juga sesuai untuk siku, lutut yang kasar, gigitan nyamuk dan ruam lampin. Isyk, serbagunalah! Murah pulak tu





6. Elakkan memakai kasut bertutup yang agak ketat jika tidak perlu. Jika perlu, pakailah stokin bersama untuk mengelakkan kaki bergesel dengan permukaan dalam kasut atau membolehkan peluh kaki diserap oleh stokin. Pilih stokin yang betul, yang dikhaskan kepada pesakit diabetes.

7. Setelah membuka kasut, keringkan kaki dan peluh terutamanya di celah jari-jari kaki. Peluh dan kelembapan juga boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kulat.  

8. Pastikan kuku sentiasa bersih dan dipotong pendek. Potong kuku dengan elok tanpa ada bucu yang tajam yang boleh mengakibatkan luka, walaupun luka kecil.  

9. Buang semua kulit mati, kematu dengan menggunakan gunting atau pemotong kuku yang bersih. 


 



 

10. Jika pesakit baru mengalami pembedahan, luka pembedahan hendaklah dibersihkan mengikut nasihat doktor atau jururawat. Jika doktor cakap sekali sehari, bersihkan sekali sehari, jika 2 kali sehari, bersihkan 2 kali sehari. Kekerapan membersihkan luka mengikut keperluan boleh membantu luka untuk cepat sembuh.

11. Elakkan daripada apa-apa tekanan terhadap luka. Terutamanya jika luka berada di tempat seperti telapak kaki, jangan menekan atau mendedahkan kepada apa-apa tekanan ke atasnya. Balutan ke atas luka juga, perlulah longgar dan membenarkan pengedaran darah.





12. Jika pesakit mencuci luka di klinik berhampiran, pastikan pesakit memiliki sekurang-kurangnya 1 set dressing kit di rumah. standby, kalau-kalau balutan basah, boleh tukarkan dengan bandage yang baru. Balutan yang basah dan lembap boleh mengakibatkan jangkitan kuman.

Ini disposable dressing kit. Standby 1 kat rumah. Boleh didapati di farmasi berhampiran. Murah ja. dalam RM6 gitu rasanya


13. Ambil antibiotik atau apa sahaja ubat yang doktor nasihatkan.

10. Urus diabetes dengan baik. Bersenam, Tidak merokok, mengawal tekanan darah, mengawal aras kolesterol dan mengawal pemakanan. Makan ikut nasihat doktor. Kurangkan kanji, gula dan makanan yang boleh memudaratkan diabetes pesakit. Kestabilan paras gula boleh membantu pesakit cepat sembuh.

11. Ambil suplemen yang membantu pembaikan luka & pertumbuhan tisu & kulit seperti Vitamin C, Antioksidan dan Protein yang berkualiti tinggi

Vivix ni suplemen yang sangat popular di kalangan pesakit diabetes. Ayah saya amalkan ni, 
dan alhamdulillah, bukan sahaja luka bertambah baik, paras gula juga terkawal :)


 Vitamin C Shaklee sangat berbeza. Ianya diformulasikan dengan teknologi pelepasan masa di mana 100mg Vitamin C di lepaskan ke aliran darah kita selama 5 jam. Teknologi yang hebat ini membolehkan kita mendapat supply vitamin C pada tempoh yang lebih panjang. Best sangat Vit C ni. nak sembang panjang lagi, boleh PM saya ok :)





ESP ni protein yang berkualiti tinggi. Untuk yang mengalami luka, ESP bantu kita bina sel-sal baru, orang kata, bagi tumbuh isi lah. Dan untuk pesakit diabetes, ESP ni bagi rasa kenyang yang lama, jadi boleh membantu depa untuk tak sangat rasa nak makannnnn ja. Jadi paras gula pun terkawal

Penjagaan luka pesakit diabetes adalah sesuatu yang sangat mustahak. Kena caranya, ianya boleh dipulihkan dengan cepat. Silap caranya, organ yang lebih besar mungkin terkorban. Sebelum berhenti, saya nak kongsikan testimoni ayah saya sendiri, seorang pesakit kencing manis yang semakin pulih semasa beliau mengalami luka.

Hujung Mac 2016 yang lalu, Ayah saya, kakinya terkena jangkitan kuman. Membengkak dan menakutkan. Lama-kelamaan muncul nanah dari bawah kulit. Awal April, ayah terpaksa menjalani minor surgery membuang nanah dan tinggallah "lompong telaga" di atas kaki ayah. Keyakinan ayah & kami cukup kuat untuk ayah sembuh kembali. Ayah patuhi regime diet dan Suplemen Shaklee yang yang kami aturkan. Rehat, usaha, doa dan percaya, semuanya akan baik. Selepas sebulan, "lompang telaga" di kaki ayah beransur cetek dan akhirnya isi merah menutupi keseluruhannya. 


Sebenarnya, dengan usia ayah yang sudah pun 71 tahun lebih, Doktor jangkakan, luka ini mengambil masa lebih 6 bulan untuk pulih. Minimum 6 bulan atau lebih. Tapi, Alhamdulillah, dengan izin Allah, Shaklee membantu ayah untuk pulih lebih cepat.


Ini pulak ibu kepada kawan saya, yang dahulunya penghidap Diabetes. Sekarang dah banyak perubahan dengan Vivix. Alhamdulillah.

Dulu makcik sekadar pengguna, sekarang bukan sahaja nampak jaaaauh lebih muda, makcik juga telah menjadi pengedar Shaklee untuk menyebarkan Shaklee kepada lebih ramai orang untuk lebih sihat.Nak nasihat kesihatan dan konsultasi, boleh contact beliau di sini > FB Qaseh Norhoney :  


Itu sahaja perkongsian kita pada hari ini. Sakit ni, jika dicegah lebih banyak jimatnya daripada kos merawat. Sama-sama kita cakna kesihatan daripada awal untuk mengelakkan kos yang lebih besar setelah sakit. Tapi, sesiapa yang sudah pun sakit, jangan putus asa untuk berikhtiar. Pasti ada penawarnya kecuali kematian.

Selamat hidup sihat & cergas.

Salam sayang,
Founder of Surijunior
019 2282147
 


2 comments:

Zaleha Awaluddin said...

Bagus tips ni.
Mmg risau betul kalau pesakit diabetes ada luka.

farihah abu kasim said...

Betul tu. Luka pesakit diabetes boleh merebak cepat. Semoga bermanfaat :)