>

Saturday, January 16, 2016

Umrah Ziarah 5 bintang dengan Shaklee : Hari 3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Baik, kita sambung. Saya tulis ringkasan bagaimana mendapat tiket trip antarabangsa ini di sini & hari 1 & 2 di sini. Kita sambung hari seterusnya

HARI 3

Hari ketiga kami bertolak ke Dubai menaiki bas. dekat saja. Pertama sekali kami di bawa melawat ke Burj Khalifa, pencakar langit tertinggi di dunia.

Pencakar langit tertinggi di dunia. Ketinggian 2 kali ganda Menara Berkembar Petronas :)

Dulu, Dubai pernah 2 kali diisytiharkan bankrupt. Dulu, hasil negerinya adalah mutiara, yang diperoleh dari laut. Apabila tiram mutiara telah mula diternak, mutiara Dubai telah kurang sambutan. Dan hasil negerinya merosot.
Kali kedua di tahun 2008 semasa ekonomi dunia merosot, Dubai mengalami masalah apabila negaranya terlibat dengan banyak projek besar termasuk Burj Khalifa

Disaat itu Abu Dhabi datang menghulurkan bantuan. Walaupun dikutuk dan dikecam akan bantuan yang katanya tidak akan memberi pulangan apa-apa, kerana Dubai sudah bankrupt, Abu Dhabi meneruskan hasratnya atas nama persaudaraan dan mengharapkan pemulihan Dubai akan mengelakkan kesan negatif itu berjangkit kepada negara UAE yang lain.

Menara itu yang asalnya mahu dinamakan dengan Menara Dubai, akhirnya dinamakan Burj Al Khalifa sebagai menghargai jasa dan bantuan daripada ketua negara Abu Dhabi. Itulah kisahnya :)

Shaklee bayaq :D


Gambar sepanjang perjalanan menuju ke elevator. Ini gambar jurutera yang terlibat dalam pembinaan menara ni

Pakcik-pakcik pun berhenti rehat sat :)


At the Top :)


:)



Beratur nak naik elevator :)

Kemudian kami di bawa ke Palm Island, pulau buatan manusia. 

Cantik kan? Hebatnya kuasa Allah beri ilham dan kemampuan kepada manusia mencipta. 
Palm Island ini dibina dengan 700juta tan batu dan 320 juta tan pasir. 
Batu disusun sebagai benteng pulau, dengan bantuan penyelam professional, 
memantau di bawah air

Mak terpesona dengan kecantikan bunga-bunga di Dubai. 
Bunga-bungaan disini diimport dan digantikan saban tahun supaya pelancong 
tak jemu dan suka dengan Dubai 

Hotel Atlantis Palm Island ni dikelilingi oleh akuarium. Bukan ikan kecik-kecik saja. 
Jaws, bapak Jaws pun ada :D



Antara hotel ini termahal di dunia. Presidential suite yang dindingnya kaca, akuarium. Harganya boleh mencecah USD 30,000 semalam. Selain menginap, pengunjung juga berpeluang untuk diving, menyentuh dolphin dan aktiviti air yang lain

Tahun 2020, Dubai mensasarkan untuk membina hotel di dalam laut. berdinding kaca. 
Semua bilik dan hotelnya dinding see-through. Tapi kalau macam tu, manusia pulak 
yang dalam akuarium kan? Ikan pulak yang tengok kita? :D

Selesai lunch di sini, kami ke Dubai Mall dan Gold Souq. Pasar emas. Walaupun namanya pasar emas, tak adalah pak guard setiap 2 meter. Tak ada. dan tak pernah berlaku kecurian di tempat tersebut. Dubai negeri aman dan selamat. Rakyatnya diberi kemewahan oleh pemerintah dan tiada yang terdesak untuk mencuri :)

Pasar Emas !

Ini cincin terbesar di dunia. mak ai

Dubai Mall, tak ada gambar. Mall biasa saja, kami jalan-jalan, ada yang shopping, dan minum-minum. Kami minum kopi dengan bun 5 beranak pun dalam 100 dirham lebih. haha. Memang kaya betul, orang Dubai kan?

Baliknya, kami disaji lagi dengan makan. Tak sempat lapar, dah makan lagi. kehkehkeh. Kali ini masakan Thai di JW Marriot. 

Mewah ! Dinner malam ni disini. Hotel mewah yang terlalu cantik dengan layanan super best. 
Harga hidangan untuk seorang adalah anggaran 300 dirham. Untuk kami 5 beranak, 1500 dirham. Hanya untuk dinner malam ini. 
Cuci tangan, makan saja. Semuanya Shaklee tanggung



Cantik !

Menu malam tu. Entahla cemana nak masuk. banyak sangat makannya. 


Romantik sangat suasananya haaa

Selesai makan, kami pulang ke Viceroy di Abu Dhabi. Berehat, untuk meneruskan esok yang sangat panjang & exciting :)

Nanti kita sambung hari ke 4 dan seterusnya. Anda yang merupakan ahli Shaklee, mulalah serius untuk menjadikan Shaklee sebagai bisnes anda. Ini adalah ruang dan peluang yang boleh dan sewajarnya direbut

Yang belum menjadi ahli dan inginkan percutian umrah & ziarah sebegini, boleh. Hubungi saya atau wakil Shaklee kesayangan anda di sini. Semua impian pasti boleh dicapai dengan keazaman dan usaha yang gigih, kan? :)


Thanks for reading !

Salam sayang,

019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com













No comments: