>

Saturday, January 9, 2016

Umrah Ziarah 5 bintang dengan Shaklee : Hari 1 & 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Bercakap tentang trip mewah Shaklee, semuanya best. Salah satu yang paling best adalah makanan. Pergi trip dengan Shaklee, bukan dok fikir apa nak makan? tapi, dok fikir yang mana nak makan? :D Memang tak sempat lapar dan hidangan makanan bukanlah yang calang-calang. Semuanya 5-6 bintang. hmm... best tau !

Eh?! payah nak cerita fokus kat makanan. haha. Saya nak kongsikan setiap hari secara ringkas program kami ya :)

HARI 1

Kami berlepas dengan penerbangan Etihad Airways dari KLIA ke Abu Dhabi.Penerbangan mengambil masa lebih kurang 4 jam


Kawan-kawan sidelines dari jauh dan dekat yang datang hantar kami. Ada jugak downline Surijunior, tapi gambaq dok tang mana tak tau.sorry2. 




HARI 2
Kami tiba di Abu Dhabi dan menginap di Yas Viceroy Hotel. 

Ketibaan kami di hamparan karpet merah dan diraikan oleh Mr Hermant, Prsiden Shaklee Malaysia. Dikalungkan macam pingat gitu, Tulis Tahniah Syabas. Wow ! hehe

Ni haa.. pingat emas nya. :D
Foto ihsan : Master Dean Kayree

Foto ihsan : Master Dean Kayree


Welcoming drinks. Juices. Sedap !




Terus ke breakfast. Yas Viceroy ni hotel 5 bintang dan makanan dia memang sedap sangat. Oh ya, kat sini setiap pagi ada dihidangkan susu unta. Kami tak dapat pergi ladang unta macam Umrah 2013 dulu sebab virus kan, jadi belasah susu unta kat sini cukup-cukup. haha. Mr Hermant ni memang baik hati dan peramah, bukan dia saja, semua staff & travel agent, baik-baik belaka. Masa ni Mr President datang menyantuni kami tengah makan. :)

Ini bahagian luar cafe tadi. Mintak ihsan gambar Master Wan Muliani & suami :D

Makan. Makan
Foto ihsan : Master Dean Kayree


Ini bahagian luar cafe yang menghadap ke Track F1. Memang best view dia. Kami pergi saja, tak makan sini, ayah saya berkerusi roda,jadi mudah makan di dalam. Bagus juga, senang ulang ambik makanan banyak kali. haha
Foto ihsan : Master Dean Kayree

Roti kegemaran Amirah :)
Foto ihsan : Master Dean Kayree



Oh. Ini super-sedap !

Ok, check in masuk bilik. Seronok tak tau nak habaq dapat bagi mak dan ayah dok bilik mewah macam ni. Lagi seronok pasai Shaklee yang tulung bayaq. hehe. Seronok tengok dok explore bilik ni. Langsir automatik, bilik air cantik, kusyen empuk. Eh.. semualah. Siap bagi cadangan "Rumah kamu kalau buleh tukaq buat tirai (langsir) auto macam ni bagus jugak" Haha. Oh mak ku. :D

Inilah sebenarnya keluasan bilik tersebut. Besaq. Oh ya, bilik saya triple sharing, sharing bertiga dengan Amirah, sebenarnya Amirah ada 1 tiket dan dia boleh dapat 1 bilik kongsi dengan leader lain. Tapi sebab payah la anak dok jauh, nanti nak panggil bagai, jadi kami ambik triple sharing saja. Bilik pun luas. Takde masalah :)

Atas katil, ada kad & sekotak coklat. Ahlan wa Sahlan :)

Surat cinta dari Shaklee :)

Depan hotel, ada fountain dengan kereta ni. Hotel ini sebenarnya dibina di dalam litar F1. Ia di kelilingi oleh track F1. Hebat sangat. Kiranya, kalau jenguk ke luar tingkap, akan nampak, kereta-kereta dok berlumba.


Ini view dari atas bas ni, sebelum sampai

Rekabentuk Yas Viceroy Hotel. Pengsan tak? haha

Nampak Track F1 kan? Hotel ini, kalau sampai musim perlumbaan F1, harga biliknya boleh mencecah USD5,000 semalam. Masa kami di sana, dalam USD1,000+ semalam. Hebatnya, ianya PERCUMA, dari Shaklee :)

Baru cerita pasal hotel dan makan. haha. Panjang pulak ya. Makan tengahari hari tu, kami di bawa ke Al Fanar Restaurant. Antara restoran terkenal di Abu Dhabi. 

On our way to the restaurant, kami singgah di Corniche, bergambar sat. Ambik udara segar. Corniche tu maksudnya persisiran pantai. Sangat cantik :)

Selfie dengan Mr President. ekekeke




Cantik Restoran ni. Klasik binaan dia :)

Pak Cik unta yang sporting :D

Unta ni bebas Virus tau !



Takdan nak snap gambaq banyak-banyak. Makan terus. lapaq dan sedap! haha
Menu kami :

Beryani Dajaj - Ayam
Naghar Nashef - Sotong 
Salona Lahan - Kambing 

1 menu untuk seorang. Sebab 5 tiket, kami dapat rasa semua. Makan saja, Shaklee bayaq :D

Malamnya kami dibawa ke kawasan padang pasir, untuk menikmati makan malam Gala Dinner. Pack juga aktiviti di sini, tapi best ! Gala Dinner ni di Al Khatem Desert Camp. Memang makan betul-betul atas hamparan carpet atas pasir. Best !

Perjalanan kami ke sana. Menaiki Jeep. Merentas Padang Pasir, naik cerun, turun cerun, silap-silap haribulan, boleh keluar semua isi perut, bergolak-golak dalam Jeep tu


Berhenti sat, nak tengok sunset. Masa ni juga ada 1 jeep, terlekat dalam pasir. Jadi kawan-kawan depa tolong keluarkan jeep tersebut

Inilah camp nya. Satu kawasan di buat khas untuk dinner, dengan hamparan carpet dan meja jepun macam tu. Ni dapat hadiah lagi dari Shaklee. Depa panggil setiap keluarga. Dapat plaque AbU Dhabi :)

Di Padang Pasir :)

Makanan Gala Dinner


Oh, Ni pertunjukan masa dinner. Tarian tradisi, Sepanjang tarian ni, dia berpusing, pusing, pusing badan, tanpa henti. Hebat sangat.

Dan lepas tu, skirt dia tetiba ada lampu. haha. 


Ada peserta mencuba tarian ni. pusing-pusing. last2 pening. haha. Bukan calang-calang skill yang dia persembahkan. Dan yang cuba ni cakap, skirt tu berat sangatttt

Makan lagi !

Ok, itu pengakhiran hari kedua trip di Abu Dhabi. Alhamdulillah, seronok merasa pengalaman baru. Hotel best, layanan best, makanan pun super-best. Semua ini kami dapatkan percuma hanya dari Shaklee.

Esok, kita sambung lagi untuk hari ke 2 dan ke 3. Anda yang nak tengok gambar, boleh tengok di album FB saya di sini dan banyakkkk lagi koleksi gambar di album Master Dean Kayree, Klik, klik. Rasakan keseronokan kami. Semoga tahun-tahun mendatang, anda juga berpeluang menikmati apa yang kami nikmati

Siapa nak pi Umrah Ziarah Free macam ni, meh pm saya :)

Thanks for reading !

Salam sayang,

019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com



No comments: