>

Tuesday, January 12, 2016

11 pantang ibu berpantang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mak-mak zaman sekarang moden kan. Tapi, pendapat saya, moden macamana pun, bab berpantang selepas bersalin eloknya kita ikut. Yang munasabah dan tidak keterlaluan, eloknya kita ikut, kadang-kadang kita pun tak tahu sebabnya, tapi sebab mak cakap, ikut ja la. Dia ada banyak pengalaman yang kita belum lalui.

Apa pantang ibu berpantang yang saya buat?

1. Jangan minum air dalam kuantiti banyak sekaligus
Minum air suam sekali minum secawan saja. Oleh kerana kita menyusu, jadi setiap 30 minit, minumlah air suam. Janganlah bila kuantiti sekali minum dikurangkan, kekerapannya pun kita tak tambah. Pastikan kita penuhi keperluan tubuh untuk minum lebih kurang 3 liter sehari.




2. Jangan biar kaki tanpa stokin
Mak cakap untuk elakkan badan masuk angin, Tapi, tak pakai stokin, memang sejuk pun. Mungkin sebab kita kehilangan banyak darah masa bersalin


3. Jangan mandi air sejuk 
Ini juga sebab kesejukan. Kalau terlampau sejuk, boleh menyebabkan kancing gigi pulak.

4. Jangan duduk mencangkung
Untuk mengelakkan rahim / peranakan jatuh. Kalau mandi, pastikan duduk atas bangku kecil

5. Jangan menjahit dan membaca
Ini dipercayai boleh menyebabkan cepat rabun sebelum tua

6. Jangan mengelat untuk menyusu bayi
Keadaan badan yang letih kadangkala menyebabkan ibu rasa nak berehat lama dan skip menyusu. Ini bahaya kerana boleh menyebabkan bengkak susu dan bayi yang berisiko untuk jaundis akan meningkat risikonya kerana kurang minum susu.



7. Jangan biarkan kaki terbuka
Sentiasa rapatkan kaki semasa duduk - duduk bersimpuh atau semasa baring

8. Jangan mengelat untuk berbengkung
Berbengkung boleh membantu ibu mendapatkan kembali potongan badan asal, memelihara rahim pada tempat yang betul dan boleh membantu menghadkan pergerakan ibu



9. Jangan tidur di waktu matahari naik dan waktu senja
Tidur di waktu-waktu ini menyebabkan tubuh ibu bertambah lesu dan sakit-sakit dan tidur di waktu senja juga boleh menjejaskan kesihatan mental

10. Jangan tinggalkan ulam-ulaman
Ulam-ulaman sangat baik di amalkan untuk membantu ibu lawas dan memberikan pelbagai vitamin, mineral dan fiber (serat) untuk tubuh. Antara ulam-ulaman yang sangat baik diamalkan semasa berpantang ialah serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum, halia, daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina dan daun kari.




11. Jangan mengelat ambil vitamin / jamu / ubat-ubatan
Terpulang kepada kepercayaan dan pengalaman anda, ambillah suplemen atau jamu yang sesuai dengan tubuh. Sentiasa ingat bahawa proses mengandung dan bersalin menyebabkan tubuh kita mengalami perubahan besar dan ianya perlu diperbaiki. Sokonglah diri anda dengan makanan kesihatan, agar pemulihannya cepat dan berkesan

Lagi testimoni, sila klik DI SINI


Berpantang elok-elok untuk ibu-ibu semua. Tak lama, 60 hari saja :)

Thanks for reading !

Salam sayang,

019 228 2147 
farihah.abukasim@gmail.com

No comments: