>

Friday, October 23, 2015

GLA Shaklee sebagai natural inducer?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bagi ibu hamil, melahirkan bayi pada tarikh EDD (Expected Delivery Date) sangat diharapkan. Kalau Dr. cakap kena induce, adeeehh.. memang seram sejuk dibuatnya. Saya juga ada pengalaman induce, sangat menyakitkan. Tawaf 1 wad tak henti-henti. haha. 

Saya nak kongsikan pengalaman rakan Shaklee saya. Puan Salwiya yang berikhtiar mengambil GLA Complex Shaklee sebagai natural inducer. Hebat ceritanya :)

==============================

Maha suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu kejadian . Apabila DIA berkata jadi, maka jadilah sesuai peraturanNYA.

Hamil Maryam, 22 Julai bersamaan 7 Syawal adalah EDD yang ditetapkan oleh Doktor. Dua bulan sebelum tarikh edd, semakin kerap saya gali informasi dan amalkan segala amalan yang disyorkan untuk mudah dan cepat bersalin. Kalau ikut 2 anak sebelum ini, masing-masing selesa dalam rahim mummy dia . Anak sulung pada tarikh due, anak ke-2 overdue 4 hari. Jadi, target saya kalini nak merasa bersalin awal antara 36-39 minggu. Keyakinan untuk bersalin awal semakin tinggi bila kandungan telah mencecah 36 minggu, makcik-makcik ramai tegur perut dah turun, kalau baby girl mesti bersalin awal ni ! Itulah kata-kata mereka yang selalu buat hati saya berbunga-bunga. 


Jangka saya mungkin saya akan bersalin penghujung Ramadhan. Walaupun sedang sarat yang amat sangat, misi bersalin awal tetap diteruskan. Alhamdulillah Allah anugerahkan tenaga luar biasa walaupun sedang berpuasa. Mungkin kerana sepanjang hamil saya mengamalkan Set Prenatal Shaklee & Set Mighty Triple Gem Macam-macam tips saya buat dengan harapan nanti dapat bersalin cepat dan mudah. Tapi semakin dekat tarikh bersalin, baby semakin rasa selesa berada didalam. Sampai satu tahap, saya rasa semua tips bersalin yang saya buat 'didnt work for me'. Takde tanda-tanda langsung untuk bersalin. Babypun tak banyak ragam. Tidur malam saya semakin lena. Kadang bila terjaga pagi rasa pelik, kenapa tidur bertambah lena sedangkan tarikh edd semakin hampir ? Kalau ikut sebelum-sebelum ni waktu dah hujung-hujung memang jarang tidur malam. Sana sini sakit. Tak selesa.

Ramadhan sudah menutup tirainya, 1 Syawal pun dah berlalu. Sampaila tarikh 22 Julai-7 Syawal , saya melangkah longlai ke poliklinik untuk meneruskan temujanji terakhir. Seperti yang dijangka, Doktor bagi masa lagi seminggu. 29Julai kalau tak bersalin juga beliau meminta saya terus ke hospital serah diri untuk diinduce. ALLAH...rasa seram sejuk bila dengar perkataan induce. Trauma dengan kesakitan semasa bersalin anak ke-2. Perjalanan pulang dari poliklinik saya cuba berlagak cool depan suami . Hakikatya perasaan ni Allah je yang tahu. Sambil usap-usap perut, berdoa dan terus berfikir Apa lagi yang perlu aku buat ya Allah..Rabbi yassir wala tuassir..

Pulang dari poliklinik saya berwassap dengan sahabat shaklee saya yang kebetulan baru 2 minggu bersalin anak ke-2. Teringat 2-3 hari lepas beliau bercerita pengalaman mengambil GLA shaklee sebagai Natural Inducer. Saya tanya beliau lebih lanjut. Awalnya saya bimbang juga, tak berani nak ambil sebab maklumat ni tak meluas lagi. Tapi bila saya Google, dapat maklumat mengenai Evening Primrose Oil (EPO), barulah saya ada kekuatan untuk nekad ambil GLA shaklee yang mengandungi khasiat dua kali ganda lebih EPO.

Ada lagi kebaikan selain yang banyak-banyak di list kan ni :)

Khamis (23 Julai ) , selesai berbincang dengan suami kami bersetuju untuk nekad ikhtiar dengan GLA shaklee. Bismillahitawakkaltu'alallah. Saya makan sebiji sebiji sebelum tidur. Bangun pagi Jumaat (24 Julai) untuk solat subuh saya rasa lain macam. Bila saya ke bilik air untuk berwudhu', saya dapati ada turun tanda "darah". Masatu rasa gembira tak terkata. Menangis sorang-sorang sebab tanda ni memang yang saya tunggu-tunggu . Tak fikir lagi sakitnya bersalin, yang ada dalam kepala ni happy ! happy ! happy ! Saya terus call suami untuk maklum pada beliau. Suami tanya nak abang balik ke ? Jumaat biasanya lama sikit di masjid sebab ada kuliah subuh. Disebabkan takde rasa sakit lagi, saya minta abang teruskan saja dengar kuliah. Lagipun saya tak mau terlalu gopoh untuk terus ke hospital.



Pagi saya bertawaf dalam rumah bertemankan abang yang sibuk membaca text khutbah Jumaat. Abang tanya lagi nak ke hospital tak ? Kalau nak ke hospital abang tunda khutbah Jumaat harini minta imam 1 ganti. Sekali lagi saya berkeras minta abang teruskan saja berkhutbah sebab saya masih ok. Lepas Jumaat sempat berjalan lagi menghadiri 'makan-makan' family di rumah adik ipar. Contraction tak kuat lagi. Saya pun ok lagi. Darah tetap ada tapi tak banyak. Malamnya sebelum tidur saya makan lagi sebiji GLA Shaklee. Sepanjang malam tu tak lena bukan kerana sakit, semata sebab nak kira kekerapan contraction. Hi...dahsyat sungguh terujanya tu ! Menjelang pagi barulah contraction kerap. Tapi saya masih ok lagi, mandi dengan senang hati dan sempat lagi bancuh ESP+milo. Abang balik dari masjid tanya lagi, ok tak ni ? Saya ingat nak tunda lagi sampai betul-betul sakit, tapi mertua berkeras minta gerak ke hospital. Kalini saya akur. Saya ajak abang bersiap. Anak-anak tinggal bersama tokmak mereka .

On the way ke hospital saya masih boleh control sakit contraction dan sempat lagi consult dengan customer untuk Set Enfuselle Shaklee... :) Nak ke bilik saringan pun berjalan seperti biasa. Takut juga tak buka jalan . Sebab tak mau duduk wad. Bosan. Pukul 10 pagi baru dapat masuk saringan , terkejut sebab dah buka 4cm ! Sekali lagi saya rasa MasyaAllah !

Tolak masuk labouroom dalam 10.30pagi. Dengan bantuan 2 orang jururawat tepat pukul 2.41 petang saya selamat melahirkan anak ke-3 dengan bukaan 7cm. Alhamdulillah-thumma Alhamdulillah-thumma Alhamdulillah. Menitis air mata saat mendakap Maryam kali pertama. Syukur yang tidak berbelah bagi. Sambil mendakap Maryam saya dijahit tanpa dibius. Alhamdulillah. Saya kuat !
MasyaAllah nya lagi , selepas bersalin pada hari yang sama tenaga saya sangat luar biasa ! Keluar labouroom berborak santai dengan abang, sambil bermain-main dengan Maryam. Abang sempat tegur " macam tak sakit je ! " . Abang balik saya masih di wad. Lepas bersihkan diri, sempat bancuh ESP. Sekali lagi tenaga saya sangat Alhamdulillah dan waktu itu pukul 2 pagi baru lelapkan mata. Itupun sebab saya paksa .

Sebelum tidur sambil merenung wajahnya, saya imbas kembali semua usaha perjalanan bertemu Maryam Sakeenah . Terdetik juga, kalaulah ambil GLA Shaklee lebih awal tentu ummy dapat bertemu Maryam lebih awal.

Wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin .
Alhamdulillah.....TQ Allah ! 

=================
Alhamdulillah, usaha itu dari kita, izin itu dari Allah. Puan Salwiya adalah pengamal tegar set Shaklee sepanjang mengandung dan selepasnya. Anda yang inginkan tips istimewa, silakan berhubung dengan beliau untuk konsultasi EKSKLUSIF !

FB : SALWIYA ABDULLAH  .  +60132483848


*Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit / masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

No comments: