>

Saturday, August 15, 2015

Tips membawa EBM (Perahan Susu Ibu) untuk perjalanan jauh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salah satu cabaran ibu menyusu adalah nak travel dengan EBM. Nak bawak balik kampung, atau bawa balik ke rumah setelah habis berpantang di kampung. Saya kongsikan tips ringkas di sini, semoga bermanfaat untuk semua


1. Sediakan tong ais polisterine, saiz mengikut jumlah susu

2. Sediakan kiub ais agak-agak cukup untuk cover semua EBM

3. Letak ais dlm tong selapis, kemudian susun EBM

4. Letak lagi ais untuk di lapisan atas

5. Tabur garam untuk mengelakkan ais cepat mencair

Gambar ni saya dapat lama dah dari kawan FB. Tak ingat siapa. Semoga Allah panjangkan pahala beliau, asbab berkongsi :)

Tips lain :
> Pack EBM anda setelah selesai pack barang-barang lain
> Mulakan perjalanan di awal pagi / malam
> Terus pindahkan susu ke dalam freezer setelah sampai ke destinasi
> Lapik atau bungkus cooler dengan tuala
> Tempatkan cooler atau box polisterine ni di bahagian dalam /seat kereta, bukan dalam bonet kereta

Thanks for reading!

Salam sayang,

Email : farihah.abukasim@gmail.com
WhatsApp / Telegram / sms : 019 228 2147


No comments: