>

Sunday, August 9, 2015

Menyimpan susu ibu dengan kemas dan jimat ruang : Langkah demi langkah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Perahan susu ibu dapat disimpan dengan menggunakan botol susu atau plastik. Yang penting adalah ianya disusun dengan rapi dan sistematik untuk memudahkan kita mengambilnya semula untuk digunakan. 

Nota bergambar ini saya ambil dari rakan FB Puan Ann Ilani. Semoga ianya dapat membantu anda menyimpan susu ibu bekuan dengan lebih baik terutamanya dalam menjimatkan ruang peti sejuk anda :)

Step 1: Sediakan plastik susu. apa2 brand pun boleh. ada bubbles, pureen, autumnn, honeysuckle macam2 ada....biasanya, ada dua saiz, 8 oz dan 12 oz. pilih yang mana yg berkenan di hati.



Step 2: Sediakan susu yang dah disejukkan dari chiller. Biasanya, kiter akan simpan separuh susu daripada jumlah oz plastik yang kiter pilih. 

Contohnya macam ni, kalau
8oz plastik: simpan 4-5 oz susu  ; 12 oz plastik: simpan 6-7 oz susu

macam saya, saya suka guna 8oz plastik untuk simpan 4oz susu. sebabnya, saya estimate anak saya sekali minum (1 sesi) = 4 oz. jadi bila dicairkan, keluarkan 1 plastik terus. susu yang telah dicairkan MESTI dihabiskan dalam masa 1 jam yer.




Step 3: Cabut plastik atas tu. plastik susu ni biasanya telah disterilkan.

Step 4: ngangakan mulut plastik. Aaaaaaa~~~


Step 5: tuangkan setiap titisan emas anda ke dalam plastik.. 


Step 6: tekan seal kat atas tu. biasanya akan ader 2 lapis seal. maybe langkah keselamatan. TINGGALKAN hujung tu, jangan seal semua sebab kiter nak buang angin berlebihan dalam plastik tu.



Step 7: keronyok plastik untuk buang angin dalam plastik tu.



Step 8: bila semua angin dah keluar, baru kiter tekan seal tu sampai hujung. kuat2 tau. taknak ader susu terkeluar sebab seal tak rapat, rugi2...titisan emas ni. hihi


Step 9: baringkan bekas plastik tadi dan ratakan dengan jari bahagian bawah plastik tu. bagi sama atas dan bawah.



Step 10: Tuliskan maklumat untuk kegunaan baby sitter nanti.

Nama anak:
Tarikh:
Jumlah oz:
Masa:

Penting tau info-info ni supaya susu tidak bercampur dengan anak-anak lain dan kita tahu susu mana yang perlu digunakan dulu.




Step 11 : Tadaaaaaa...dah siap...boleh simpan dalam freezer dalam keadaan baring macam ni. nanti dah beku, baru susun santek2 macam gambar di bawah bi  


selamat menyimpan stok!!!

:)

Penyumbang nota ini adalah Puan Ann Ilani, seorang ibu yang tegar mengamalkan penyusuan susu ibu dan telah berjaya menyusukan anak-anaknya. Beliau juga merupakan Pengedar Shaklee. Rajin menghadiri kelas-kelas penyusuan susu ibu dan menjayakan penyusuan susu ibu tanpa berbelah bagi :)

Salah satu kelas yang beliau sertai. Puan Ann Ilani di barisan hadapan, memegang baby :)


Anda yang memiliki masalah atau ingin mendapatkan konsultasi, silakan berhubung dengan beliau atau suami :

Tel : 019 939 9659 / 019 621 9659
Page : DUNIA vitamin








1 comment:

Nani shuhada said...

1 perkongsian yg baik. Terima kasih