>

Sunday, August 23, 2015

Dilema paras Hb rendah di kalangan ibu mengandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ibu-ibu mengandung mesti familiar dengan istilah Hb, zat besi, anaemia kan? Semasa hamil, paras Hb sangat dititikberatkan. Kalau bawah 10g/dL, nanti nurse akan tulis dengan pen merah. Macam amaran gitu. Seram kan? ahaha

Selalu sangat dok sebut Hb. Hb tu apa?
Hb adalah singkatan kepada Haemoglobin. Hb adalah protein yang terkandung dalam sel darah merah. Setiap Hb mengandungi Iron yang bertugas untuk bergabung dengan oksigen atau karbon dioksida untuk mengangkut mereka. Oksigen diangkut dari peparu ke semua sel tubuh dan karbon dioksida diangkut dari semua sel tubuh ke peparu untuk disingkirkan.


Sel darah merah mengandungi Haemoglobin, Haemoglobin mengandungi Heme group iaitu Iron sebagai site perlekatan / untuk bergabung dengan oksigen


Jadi kekurangan Hb boleh membahayakan seseorang. Kerana, kurangnya Hb bermaksud, kuranglah keupayaan darah kita mengangkut oksigen. Oksigen diperlukan oleh semua sel tubuh untuk menjalankan proses kehidupan. Untuk ibu mengandung, kekurangan Hb memang dipandang serius kerana oksigen yang diangkut bukan sahaja untuk ibu, tetapi juga untuk bayi di dalam kandungan.

Apakah akibat kekurangan haemoglobin kepada ibu hamil?
# Mudah pitam
# Lesu
# Denyutan jantung tidak teratur
# Sesak nafas
# Kebas kaki dan tangan

Apakah akibat kekurangan haemoglobin kepada bayi dalam kandungan?
# Pertumbuhan janini terbantut
# Kelahiran pramatang
# Berat lahir rendah
# Anak lemas ketika dilahirkan
# Kematian bayi
# Risiko keguguran

Seram kan?  Kalau difikirkan, memang menakutkan. Apa yang lebih penting adalah tindakan kita sebagai ibu untuk memulihkan kesihatan dan memberikan yang terbaik untuk anak. Apakah makanan yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini? 

Antara makanan yang boleh membantu adalah daging merah, brokoli, kekacang (jadikan snek), Hati (Walaubagaimanapun, organ dalaman seperti hati tidak elok diamalkan terlalu kerap), Bayam, Kerang (tapi tidak digalakkan ambil terlalu kerap, dikhuatiri mengandungi pencemaran dari lautan), telur, Oat ,Buah delima, Madu asli (Gantikan gula di dalam makanan dan minuman dengan madu asli), Kurma, Kismis. Makanan tinggi Vitamin C juga amat digalakkan, Kerana Vitamin C membantu penyerapan zat besi.

Ibu sepatutnya mengurangkan atau mengelakkan pengambilan kafein, kerana kafein boleh menjejaskan penyerapan kalsium dan zat besi oleh tubuh

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda? Sepanjang hamil, saya amalkan set mengandung Shaklee, pengalaman Hb rendah dan Tekanan Darah rendah, juga pengalaman mengalami keguguran seperti yang saya ceritakan di sini , alhamduillah selesai dengan bantuan Shaklee.

Ini saya snap masa tengah belek-belek buku rekod. Hb 12.4 yang doktor tulis sebenarnya adalah pencapaian terbaik saya sepanjang 5 kali pregnancy

Anda yang ingin ikhtiarkan melalui kehamilan yang sihat, boleh mencuba, set ibu mengandung Shaklee seperti di bawah 


atau minimumnya Vitalea Iron Formula


Pengambilan set atau Vitalea sahaja atau dua atau tiga produk sahaja, bergantung kepada budget anda. Tapi, sebaiknya, set adalah yang terbaik. Kenapa? Kerana tiada satu vitamin atau makanan di dunia ni yang memiliki kuasa magic atau boleh memenuhi keperluan semua keadaan. Contohnya untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat, kita perlukan Iron sebagai tempat perlekatan oksigen, protein untuk membina struktur fizikal sel, vitamin C untuk melindungi sel daripada radikal bebas. Begitulah kiranya. Terpulang kepada kita, bagaimana atau banyak mana yang kita nak. Semua suplemen ini boleh diteruskan sehingga berpantang dan menyusu. Tak perlu stop. Senang :)


Yang lebih penting dari ini adalah KONSISTEN. Beli Suplemen satu almari pun kalau tak konsisten makan, tak guna juga yaa..

Hubungi saya atau pengedar Shaklee berdekatan anda seperti di sini :)

Thanks for reading!

Salam sayang,
019 228 2147 | farihah.abukasim@gmail.com